"Setiap tahuN korang keluar 4 bulan 40 hari maknanya korang akan tinggalkan pekerjaan korang dan kalau kerja kerajaan terpaksa pulak staff lain ambil alih kerja korang, cuba korang kira betapa ruginya kerajaan menangung kerugian kerana bisnes yang tak jalan kerja yang tertunda atau pun staff gantian terpaksa dibuat"leterannya penuh dengan emosi dan seolah olah negara malaysia ini sudah bangkrap angkara jemaah tabligh.agaknya orang ni fikir orang macam aku yang berkain pelikat bergamis ni jahil sangat hal ekonomi..aku terus mendengar leteran perkataan demi perkataan sebab aku diajar dalam jemaah supaya bersikap sabar.kerana kesabaran juga asbab hidayah.
Aku menunggu dengan tenang kerana aku tahu bicara orang emosi ini akan menyebabkan dia terperangkap dalam lingkungan idea yang terhad dan akhirnya dia akan mengulang ulang perkataan yang sama (lihat isteri yg memberi leteran pasti cakap benda yang sama hahaha melawak).seteleh selesai aku minta izin untuk bercakap "Abang saya minta izin untuk bercakap tapi bukan untuk berdebat..pernah tak abang fikir bila kami keluar 3 hari,40 hari atau 4 bulan kami akan duduk dalam satu majlis yang dinamakan majlis taklim.Dalam majlis ini kami akan diperdengarkan tentang kelebihan sesuatu amal seperti solat,quran,zikir dakwah dan sebagainya,salah satu kelebihan yang saya dengar jika seorang ayah menjadikan salah seorang anaknya hafiz quran kerana Allah bukan kerana maksud dunia di akhirat nanti anak ini dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya yang dah dijamin masuk neraka.Kelebihan bila kita keluar ini biasanya Allah akan bagi kekuatan untuk amal..tak percaya abang tengok budak2 yang keluar 3 hari dah boleh jaga solat berjemaah,orang balik belajar mesir pun belum tentu bang..Jadi cuba abang lihat hasilnya ratusan madrasah telah dibangunkan oleh ustaz ustaz dari kalangan jemaah untuk menampug bukan sekadar dari anak anak kalangan jemaah malahan anak anak yang ibu ayah mereka tak faham pun agama..tapi mereka tahu kalau anak mereka belajar quran anak mereka insyallah jadi baik..
Dalam abang membicarakan hal tabligh tak betul ini pernah ke abang berada dalam madrasah untuk melihat sendiri bagaimana susah payah ustaz ustaz ini membangunkan madrasah yang banyaknya titik peluh mereka sendiri.Mereka tidak pernah mengadu kepada kerajaan atau mana mana..mereka hanya mengadu kepada Allah.Tak ke abg perasan puluhan ribu anak anak melayu islam sekarang sedang dikepung oleh suasana agama sedangkankan kalau mereka diluar mereka akan dikepung oleh syaitan dan iblis..jadi rempit,jadi perempuan simpanan dan pelacur,jadi penderhaka kepada mak bapak,hisap dadah,jadi penzina dan seterusnya jadi pembunuh kepada anak yang dikandungkan ..jadi tiap tiap tahun berapakah perbelanjaan yang kerajaan harus keluarkan untuk menananggung mereka mereka yang terlantar di pusat pusat pemulihan,penjara,pusat pemulihan akhlak..ini tidak termasuk anggota anggota keselamatan terpaksa di tugaskan untuk menjaga mat rempit pada setiap malam minggu..sedangkan wang tu boleh digunakan untuk membangunkan madrasah madrasah yang uzur yang kadang kadang ustaznya mendapat gaji dan kadang kadang tidak.Sumber kewangan tu boleh digunakan untuk menghantar jemaah dakwah keseluruh alam kerana sekarang ramai orang nak masuk islam di Brazi,chilie US di jepun dan korea tetapi tak cukup pendakwah..
Perbicaraan itu aku tamatkan dengan mengajak dia berdoa supaya Allah selamatkan saya dari usaha agama ini, dan doalah supaya abang juga buat usaha nabi yang dipinggirkan oleh orang islam sendiri.Tidak ada cara lain lagi umat islam dapat kemenangan hanya dengan usaha dakwah bantuan Allah akan bersama orang orang islam..Banyak yang mempunyai sangkaan pulak jadi baik baru buat dakwah sebenarnya anggapan nie salah..BUAT DAKWAH DULU NANTI ALLAH AKAN UBAH KITA JADI BAIK.....
2 comments:
Dengan Mengatasi Permasalahan Yang Kecil; Maka, Kita Dapat Mengatasi Permasalahan Yang Besar.
Sukses selalu
Salam ~~~ "Ejawantah's Blog
Tabligh perlu dengan cara yang betul
Post a Comment