"Mana uda ..tak nampak pun muka dia..dia tak balik beraya ke?"soalan dilontarkan ke isteri aku sewaktu dah 3 kali lebaran aku tak bersama dengan isteri dan keluarga."Dia keluar kak 4 bulan " jawab isteri ku tanpa ada rasa sedih kerana dia amat mengerti tentang perjuangan suaminya."kesian awak kan raya raya nie suami takde"sambil berlalu meninggalkan isteri aku yang sedang mengemas ngemas kerana esok semua orang akan bergembira untuk meyambut lebaran.Di ruangan lain aku berada ribuan kilometer dari keluarga aku yang tersayang..terbayang bayang bagaimana suasana lebaran dengan keluarga..ahhhh semua tu perlu aku korbankan kerana 7 billion penduduk dunia baru 1.5 billion je yang beragama Islam selebihnya sedang berbondong bondong ke neraka Allah.
Aku cuba menguatkan semangat aku,walau pun aku perasan esok mahu lebaran tiada makanan yang enak yang dapat aku hidangkan untuk jemaah aku..Aku memikirkan seandainya mereka mati tanpa kalimah Allah pasti mereka akan masuk neraka selama lamanya..bila mereka masuk neraka mereka akan ditanya oleh malaikat..di dunia dulu takdeke yang beri peringatan tentang seksanya neraka..meraka cakap tiada...adussss seluruh orang islam akan dipanggil.apa aku nak jawab..Allah bagi aku mata..mulut..fikiran..dan segala macam bakat..apa dah aku buat dengan nikmat nikmat tu...sekadar untuk menjadi jutawan orang kafir pun dapat nikmat tu..aku duduk berteleku air mata tidak dapat aku tahan kerana kesedihan melihat ramai orang akan masuk neraka..ramai orang islam tak sedar bahawa semua mereka akan ditanya..kesedihan ini dah mengatasi kesedihan aku tak beraya dengan keluarga aku.
Terdengar jeritan diluar dalam bahasa yang aku tak fahami..aku menoleh kebelakang melihat teman teman aku..mereka mengisyaratkan bahawa esok hari raya..maknanya malam nie tiada solat terawih..selepas solat isya aku memanggil semua jemaah..Aku tahu semua berada dalam keadaan hiba..aku perlu bagi mereka semangat..umat sekarang hanya korban tak dapat beraya dengan keluarga tapi sahabat nabi korbankan nyawa mereka untuk agama..
Isteri isteri sahabat berbangga menjadi janda kerana kematian suami yang syaid di jalan Allah..mereka tak bersedih pun sebab mereka faham walau pun mereka tak berjihad tetapi setiap inci pahala suami mereka akan dimasukkan kedalam buku amalannya..dan mereka akan dihias oleh bidadari dan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka.aku berdoa ya Allah terima lah pegorbanan isteri aku nie yg selalu ditinggalkan oleh aku ..balas lah semua kesedihan itu dengan ganjaran syurga.Aku tak mahu dalam hati isteri aku ada aku..aku mahu dalam hatinya ada kebesaran Allah..cintanya dengan Allah dan Rasul..cinta manusia nie semua cinta palsu..aku mahu bila aku tinggalkan dia..pergantungannya hanya dengan Allah..aku sering berpesan kalau ada masalah..sembahyang 2 rakaat minta dengan Allah..
Akhirnya aku terlelap selepas bertakbir dan bertahmid dengan ditemani oleh ribuan para nyamuk ..walau pun berkelambu tapi sempat juga nyamuk nyamuk ini mencari peluang untuk menghisap darah..aku reda sebab darah dan air mata ini insyalllah akan menjadi saksi aku di hari akhirat kelak.Aku pun baru cuma belajar belajar tinggalkan apa yang aku suka untuk kepentingan agama,mungkin ramai yang beranggapan meninggalkan family ini satu kezaliman,tetapi kalaulah sahabat Nabi tidak melakukan pegorbanan seperti ini semuanya tidak keluar dari bumi Mekah dan Madinah..tiada sahabat yang sampai ke Afrika,tiada sahabat sampai ke cina dan tiada sahabat sampai ke India..agak agaknya apalah sembahan kita hari ini..entah entah kita sembah matahari,pokok atau berhala....jadi aku melakukan pegorbanan yang sama mudah mudahan di masa hadapan generasi aku masih kenal Allah dan Rasul...aminnnnnnn
No comments:
Post a Comment