Setiap dari kita mempunyai banyak keinginan,dan untuk memenuhi keinginan kita tu terpaksalah kita mengorbankan masa,diri dan harta kita.Untuk memdapatkan rumah bunglow besar,kereta mewah dan kehidupan yang boleh beli apa sahaja(kebebasan kewangan) je kita sanggup kerja siang dan malam.Pagi pagi dah keluar dari rumah dan balik lewat lewat malam.anak anak ditinggalkan dengan pembantu pembantu atau di sekolah tadika kerana suami isteri berkerja.Tak salah pun kuat bekerja sampai jadi kaya raya..jutawan..billionaire..sila lah..cuma sekadar untuk renungan
Tapi pernah tak kita terfikir kita selalu buat rumah yang kita tak sempat untuk menikmati setiap inci dari ruang yang dibina,beli kereta yang tak sempat nak pandu,beli pakaian yang tak sempat nak pakai dan beli makanan yang sebahagian dari makanan tu nak di buang dalam tong sampah.Untuk menegecapi kenikmatan dunia yang kita kejar kejar nie sebenarnya takde pun satu kenikmatan yang melebihi dari sejengkal contohnya kalau kita makan apabila melepasi anak tekak semua makanan akan akan kehilangan rasanya..Tiada satu nikmat pun yang akan kekal..rumah yang dibina lepas beberapa tahun kita dapati dah tak cantik lagi dan perlu diubahsuai,pakaian yang dibeli dengan harga ribuan ringgit selepas beberapa bulan sudah dianggap ketingglan zaman.
Maknanya semua pegorbanan untuk dapatkan keinginan dunia kita tu sia sia je..kerana tidak ada satu pun keinginan kita akan sempurna.Kita tak mahu sakit tetap Allah akan bagi sakit.kita tak mahu tua ..minum lah apa vitamin pun ianya hanya cuma mampu untuk memperlahankan ketuaan tapi kita tetap akan tua..kita tak mahu mati ..usaha lah hingga masuk kedalam kebuk oksigen makan herba yang terbaik..tapi kita tetap akan mati.
Sebenarnya Allah yang mencipta manusia..Dialah yang maha mengetahui ..Allah dah buat keputusan bahawa kejayaan manusia dalam memenuhi semua keinginannya hanya berlaku dalam syurga Allah .Tempat yang tiada kesakitan,tidak pernah tua dan tugas malaikat maut telah ditamatkan perkhidmatannya.Oleh itu di Dunia nie yang kita nak usahakan hanyalah keperluan kita sahaja dan selebihnya kita gunakan untuk memenuhkan keinginana Allah.Keinginan Allah senang jer ..Allah nak tengok kita taat kepada perintah Dia..caranya bagaimana?ikut je cara cara yang telah ditunjuki oleh Nabi Muhammad.sebab tu selama Nabi Muhammad hidup seluruh kehidupannya telah digunakan untuk memenuhi keinginan Allah seluruh keinginan beliau dan seluruh keluarganya telah dikorbankan (Rujuk lah sirah Nabi). Kalau kita dapat semua keinginan kita pun bila nyawa terputus dari jasad..semuanya akan berpindah ke tangan orang lain..waktu jenazah kita diangkat masuk ke dalam rumah je pun takde siapa yang mahu tidur disebelah kita..anak anak isteri hanya akan memerhati dari jauh je..mana isteri kita yang kita cintai..anak anak yang kita kasihi..harta harta yang kita berhempas pulak..semua tak membantu..
Isteri kita atau suami kita berhak untuk menikah lain selepas kematian kita...maknanya rumah yang kita bina dengan hebat ada orang lain yang sedang menikmati dengan percuma,kereta mewah yang kita beli dengan berhempas pulas tu juga sedang dibawa oleh orang lain termasuk isteri kita juga sudah diambil orang..kita kat mana dalam kubur sedang menjadi sajian kepada ulat ulat tanah.
Memang sukar nak faham apa yang aku catat diatas sebab pasti nanti dikecam sebagai orang yang kufur nikmat dunia..tapi itu cuma pandangan aku yang serba jahil nie.Kalau ada kebaikkan dari entri nie semuga kita dapat amal dan sampaikan
No comments:
Post a Comment