Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Thursday, July 1, 2010

Terfikir ke kita?

Azan dilaungkan dengan suara yang lantang menyebut nama kebesaran Allah..ramai yang tak ambil peduli...4 kali di ulang..nak nafikan 4 unsur tanah, air, api dan angin sumber asal yang kita usahakan siang dan malam nie tak boleh bagi apa apa bekas tanpa izin dari Allah.Kita biarkan azan belalu tanpa rasa bersalah untuk mencari dimanakan suara azan tadi..kemudian berwuduk kita untuk mencuci segala kotoran dosa yang telah kita lakukan antara waktu solat..dan kemudian nak bersujud nak cecahkan dahi kita yang hina ini ketanah hingga lebih rendah dari tumit tapak kaki...untuk merasa kita memang hina banyak buat dosa..

kalau terkena najis kucing segera kita akan mencuci..tapi dosa kita memperkecilkan Allah tidak kita kisahkan..memanglah kita tak kata begitu,memang lah kita sering zikirkan Allah yang berkuasa dalam zikir Allahuakhbar ,atau subhanallah..tapi bila nama kekasih kita disebut dalam Azan..kekasih yang akan memberi kejayaan dunia akhirat..kekasih yang akan memasukkan manfaat dalam pangkat,harta,duit,rumah,anak isteri dan segalanya..kerana kalau dia tidak mengizinkan pangkat, darjat,harta anak isteri bukan bawa manfaat tapi akan membawa kesengsaraan dan yang paling penting kekasih yang akan menyelamatkan kita dialam yang lebih panjang kubur ,masyar mizan,dan dimasukkan ke syurga atas rahmatnya tidak kita endahkan...leka kita dengan pekerjaan,perniagaan,keluarga harta benda yang syaitan kata nie jihad juga ..jihad ekonomi,bagi makan anak anak...nie lagi penting dan kita tergoda dengan bisikan syaitan dan iblis nie.

Percayalah seandainya semua orang islam yang lelaki dan akil baligh sembahyang dimana azan diazankan,semua wanita yang suci sembahyang awal waktu Allah akan tukar suasana maksiat kebatilan nie kepada suasana agama,dunia ni akan menyembah dikaki orang islam..orang yahudi akan menjadi hamba orang islam..nak datang kepada sembayang cara begini kita tidak perlu kepada ekonomi,tidak perlu kepada negara ,tidak perlu pada apa apa..sebab tu nabi ajarkan kita dimana mana dalam apa kedaan pun kita mesti bersolat..  yang kita perlukan adalah taufik dan hidayat dari Allah.

Jadi kenapa masyarakat jadi begini semakin banyak orang hadir ke kuliah agama semakin jahil masyarakat tentang agama..buktinya lihat sahaja di dada akhbar apakah berita yang dipaparkan?..Ilmu yang banyak belum dapat menjamin amal dilaksanakan kerana amal hanya akan dapat dilaksanakan bila adanya taufik dan hidayat dari Allah..bukan sebab ilmu,masa,wang dan sebagainya dan sedikit keinginan juga penting.Oleh sebab itu 4 usaha ini perlu kita lakukan sebagai asbab untuk menarik hidayah yang kita mintak dalam surah Al fatihah yang kita baca 17 kali sehari."Tunjukkan lah aku jalan yang lurus,atas jalan jalan jalan yang orang orang yang telah Kau beri kejayaan".Siapakah yang telah berjaya Rasul,nabi,anbia,syuhada ..mereka telah bangun atas 4 usaha penting nie..jadi nabi dah takde marilah kita belajar buat kerja anbia nie supaya hidayat akan turun dari Allah untuk selamat kan iman kita..bukan nak betulkan orang.

1)Setiap hari keluar dari rumah untuk pernigaan atau pekerjaan niat aku nak jumpa manusia nak cerita tentang kebesaran Allah,kehebatan kekasih kita..tak mampu jumpa orang kafir jumpa orang islam cerita lagi tentang kubur,masyar..nikmat syurga dan sebagainya.
2)Buat kerja agama jangan nak harapkan dunia..ambil untuk keperluan tak salah tapi kalau kita mengharap dengan kerja agama,jadi ustaz jadi penceramah dan jadi kaya dengan hasil tersebut..walluhualam..no komen yang pasti itu bukan tertib hidayat.
3)Setiap hari mesti nak maaf kan orang,jangan ada sekuman pun benci atau dendam dengan sapa sapa..sangka baik dengan semua saudara kita kalau dia berbuat salah istigfarkan bagi pihak dia..dan doa untuk dia supaya Allah bagi hidayat..bukan benci maki hamun..apatah kafirkan orang tu..mungkin dia mati kedaannya lebih baik dari kita..mana tahu?
4)Berkorban masa,diri,harta perasaan hatta nyawa untuk agama.Asas kepada agama adalah pegorbanan..untuk anak isteri yang hanya akan lihat jenazah kita dari jauh je tu pun kita berkorban bagaikan nak mati,nak mempertahankan harta benda ,perniagaan sanggup kita buat apa saja..untuk agama..untuk Allah hanya kita bagi duit yang tersisa,umur yang dah mati,tenaga yang sedang terlantar kemudian kita nak mintak syurga dengan Allah...sepatutnya kita malu dengan Allah...

Untuk kita lakukan pegorbanan untuk agama ni pun perlu ada ilmunya berkorban nie bukan sekadar sedekah kat tabung masjid..jadi tanyalah dengan mereka yang dah bangun atas 4 usaha ni..walau pun mereka bukan ustaz tetapi nak bangun atas 4 kerja diatas ni pun bukan dengan ilmu..tapi dengan taufik dan hidayat dari Allah..jadi marilah kita angkat tangan..keluarkan airmata kita untuk Allah supaya saya dipilih oleh Allah untuk buat 4 pekerjaan yang mana seluruh anbia telah berjaya..sahabat sahabat nabi juga telah di iktiraf kejayaan mereka sehingga 10 orang telah dijamin masuk ke syurga sewaktu mereka hidup lagi kerana mereka telah bangun atas kerja yang 4 tadi..kita seba lemah..dosa pun banyak..kita mengadulah kepada Allah.Dia yang mahu mendengar,maha mengetahui..hanya Dia yang akan bantu kita..harap kita minta kita hanya dengan Dia..

Kesan dari 4 kerja ini amatlah besar:-
1)Bantuan Allah akan bersama kita.
2)Nikmat dalam amal akan datang...sembahyang,baca quran,zikir akan jadi sesuatu yang amat seronok.
3)Hidup rasa tenang tak beserabut kepala ..jiwa tak kacau..
4)Kerberkatan akan datang dalam hidup semua yang Allah bagi akan beri manfaat..anak isteri harta ,pangkat darjat.

 dan banyak lagi sebenarnya..dan berapa kah harga untuk kita beli supaya dapat ketenangan..jawapannya takde sorang makhluk pun  yang boleh bagi ketengan ,kebahagiaan dan kejayaan..semua tu hanya akan kita raih dengan kerja yang 4 tu..bila kita cari kejayaan ,ketenangan dan kebahagiaan dengan cara yang lain pasti dan pasti kita tak akan ketemui..bukan kah selama ini kita dah usaha cari kebahagiaan dengan duit,harta benda,pangkat dan darjat..jumpa ke?pasti dan pasti tak akan kita ketemui malahan hidup kita tambah berserabut..nak buka pintu perlu ada kunci..bukan sekadar kunci yang paling penting yelah kunci yang betul..kunci almari pakaian tak boleh hidup kan enjin kereta kita...jadi perkerjaan 4 tadilah kinci yang betul utk menyelesaikan semua masalah hidup kita ini.

Kerana 4 kerja inilah quran telah diturunkan 6000 lebih ayat..ribuan hadis dari Nabi Muhammah saw..dan inilah pekerjaan asas nabi selama 23 tahun dengan susah payah untuk pekara hidayat..yang nabi risau tentang umat.Nabi tahu dan faham berhentinya kerja agama ini maka berhentilah hidayat..dengan tiada hidayat berhentilah manusia dari menyembah Allah..dan seandainya tiada lagi manusia yang beriman atau yang menyebut Allah..kiamat lah dunia ini.

Wallhualam...Saya minta maaf kepada pembaca..saya yang cakap nie pun belum dapat amal...doakan saya yang serba lemah nie...

2 comments:

Anonymous said...

Semoga kita sama2 dapat mengamalkannya syeikh.... (MZ)

amin said...

Yang cakap nie pun lemah iman...kena usaha lagi...supaya jadikan kerja ajak manusia kepada kebaikan nie jadi maksud hidup