Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Tuesday, July 20, 2010

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Sebelum nak masuk ke simpang Kuala Kubu Bahru dari Tanjung Malim ternampak aku satu signboard yang tertera Pertanian itu adalah perniagaan gambarnya memaparkan seorang pakcik yang memperlihatkan dibelakangnya kebun tomato yang berbuah lebat.Dalam hati fikir bila aka nak jadi macampakcik nie.Aku selalu baca buku Think and Grow rich(Napoleon Hill) bah kan buku nie jadi bacaan sewaktu aku memerlukan motivasi..Untuk berjaya jangan lihat apa kapasiti yang kita ada..modal,keupayaan dan sebagainya kita tolak tepi dulu yang penting..tanamkan benih keinginan (burning desire) nanti satu saat semua tu akan terhasil dari sumber sumber yang kita tak percaya dari mana datang nya modal,keupayaan dan lain lain.tapi kena belajar macamana nak gerak kan pancaindera yang ke 6(nak tahu ni kena buat satu kursus hahahha)..
Tapi memang betul kalau ada keinginan yang tinggi di sisi Allah tiada apa yang mustahil..kalau Allah boleh keluarkan anak ayam dari telur yang mati setakat nak relisasikan matlamat aku nak jadi usahawan tani tu pekara kecil bagi Allah.Sewaktu aku keluar jemaah 3 hari bersama isteri di bukit beruntong aku dikenali dgn saudara fitri yang memang dah buat penanaman cili secara kecil kecilan..diwaktu juga timbul niat kenapa tak aku buat usaha sama supaya penanaman cili tu dapat diperbesarkan.Bermula dari detik tu perbincangan telah dibuat dan sekarang dah 2 tahun juga aku jadi petani moden...cuma muka aku belum lagi ditampalkan kat poster besar kat tepi jalan tu..tetapi boleh juga berbangga bila projek ni pernah masuk rancangan Nasi lemak kopi O tv 9 bersama dengan Aziz Desa dan juga dapat anugerah petani berjaya kawasan hulu selangor.Tempoh 2 tahun nie menunjukkan aku betul betul hijau ladi dalam bidang pertanian tetapi insyallah kalau dulu aku jalan 'sorang sorang' tetapi sekarang usaha aku dah dapat perhatian dari tekun,peladang fama dan lain lain agensi pertanian dari kerajaan.

Jadi pembaca blog aku doakan kan le semuga usaha akhirat dan dunia yang aku buat nie mendatangkan manfaat kepada ramai manusia..bukan setakat nak mencari kekayaan diri sendiri tetapi aku teringat pesanan denaihati bahawa hidup ini untuk memberi.

No comments: