Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Monday, October 25, 2010

Akibat tertinggal satu solat

Bila aku terbaca hadis nie rasa sesak nafas aku..

Hazrat Abu laith samarqandi rah menyebut dalam kitabnya 'Qurratul Uyun'  bahawa Rasullulah bersabda "Sesiapa yang meninggalkan satu solah fardu dengan sengaja namanya akan tertulis di pintu neraka yang pasti akan memasukinya".

Dalam hadis yang lain Rasullulah bersabda satu waktu yg kita lalaikan kita akan dimasukkan kedalam neraka selama satu huqub,nak tahu berapa lama satu huqub nie..tak lama sangat cuma 80 tahun waktu akhirat jer..dan berapa lama 80 tahun waktu akhirat..tak le lama sangat cuma 28 800 tahun je waktu dunia..jadi kalau sepanjang kita hidup dah tinggalkan 100 kali solat kali le sendiri.Jadi berbaloi ke ke kita tinggalkan solat yang hanya 5 minit tu..jangan tanya soal kita ikhlas ke tak ikhlas,kyusuk ke tak kyusuk..yang penting mesti solat dulu.agak ngeri juga tengok kawan kawan ,sanak saudara dan tengok orang islam hari nie mudah mudahnya tinggalkan solat..bagi aku orang yang tinggalkan solat nie anggap le tiada bahagian dia di mukabumi nie..sebab kita makan dari pokok dan haiwan yang Allah hidupkan,dia pegang makan dari tangan yang Allah pinjamkan,kita merasa nikmat makan manis,pahit,masam dan masin dari khazanah Allah tapi bila azan kita tak sujud pada Allah..Adil ke kita..Nabi yang maksum juga sembahyang sampai bengkak kakinya.

Doakan le semuga seluruh umat islam akan kembali sembahyang seperti mana zaman nabi Muhammad...dimana semua lelaki akil baligh telah bersembahyang berjemaah dan wanita wanita samada di rumah dan dimasjid(pada zaman ini keutamaannya di rumah) telah sembayang awal waktu.Jika kita mampu lakukan seperti ini Allah akan tundukkan kuasa politik,ekonomi dan seluruh kekayan kepada orang Islam.Hari ini kita tidak mencari kejayaan dalam solat..kita cari kejayaan dalam politik cara yahudi,ekonomi cara yahudi,cara hidup cara yahudi sedang dalam azan dah bagi tau carilah kejayaan dalam solat..tetapi manusia  degil .. Ya Allah ampun lah dosa umat yang hari ni telah letakkan dalam hati mereka kebesaran dunia hingga kami tidak nampak kebesaran mu Ya Allah..kami telah letakkan kenikmatan pada dunia hingga menutup kenikmatan besar di dalam syurga..aminnnn

Sunday, October 24, 2010

Kebenaran demi kebenaran




“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

Monday, October 18, 2010

Tabligh merugikan ekonomi?

"Setiap tahuN korang keluar 4 bulan 40 hari maknanya korang akan tinggalkan pekerjaan korang dan kalau kerja kerajaan terpaksa pulak staff lain ambil alih kerja korang, cuba korang kira betapa ruginya kerajaan menangung kerugian kerana bisnes yang tak jalan kerja yang tertunda atau pun staff gantian terpaksa dibuat"leterannya penuh dengan emosi dan seolah olah negara malaysia ini sudah bangkrap angkara jemaah tabligh.agaknya orang ni fikir orang macam aku yang berkain pelikat bergamis ni jahil sangat hal ekonomi..aku terus mendengar leteran perkataan demi perkataan sebab aku diajar dalam jemaah supaya bersikap sabar.kerana kesabaran juga asbab hidayah.

Aku menunggu dengan tenang kerana aku tahu bicara orang emosi ini akan menyebabkan dia terperangkap dalam lingkungan idea yang terhad dan akhirnya dia akan mengulang ulang perkataan yang sama (lihat isteri yg memberi leteran pasti cakap benda yang sama hahaha melawak).seteleh selesai aku minta izin untuk bercakap "Abang saya minta izin untuk bercakap tapi bukan untuk berdebat..pernah tak abang fikir bila kami keluar 3 hari,40 hari atau 4 bulan kami akan duduk dalam satu majlis yang dinamakan majlis taklim.Dalam majlis ini kami akan diperdengarkan tentang kelebihan sesuatu amal seperti solat,quran,zikir dakwah dan sebagainya,salah satu kelebihan yang saya dengar jika seorang ayah menjadikan salah seorang anaknya hafiz quran kerana Allah bukan kerana maksud dunia di akhirat nanti anak ini dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya yang dah dijamin masuk neraka.Kelebihan bila kita keluar ini biasanya Allah akan bagi kekuatan untuk amal..tak percaya abang tengok budak2 yang keluar 3 hari dah boleh jaga solat berjemaah,orang balik belajar mesir pun belum tentu bang..Jadi cuba abang lihat hasilnya ratusan madrasah telah dibangunkan oleh ustaz ustaz dari kalangan jemaah  untuk menampug bukan sekadar dari anak anak kalangan jemaah malahan anak anak yang ibu ayah mereka tak faham pun agama..tapi mereka tahu kalau anak mereka belajar quran anak mereka insyallah jadi baik..

Dalam abang membicarakan hal  tabligh tak betul  ini pernah ke abang berada dalam madrasah untuk melihat sendiri bagaimana susah payah ustaz ustaz ini membangunkan madrasah yang banyaknya titik peluh mereka sendiri.Mereka tidak pernah mengadu kepada kerajaan atau mana mana..mereka hanya mengadu kepada Allah.Tak ke abg perasan puluhan ribu anak anak melayu islam sekarang sedang dikepung oleh suasana agama sedangkankan kalau mereka diluar mereka akan dikepung oleh syaitan dan iblis..jadi rempit,jadi perempuan simpanan dan pelacur,jadi penderhaka kepada mak bapak,hisap dadah,jadi penzina dan seterusnya jadi pembunuh kepada anak yang dikandungkan ..jadi tiap tiap tahun berapakah perbelanjaan yang kerajaan harus keluarkan untuk menananggung mereka mereka yang terlantar di pusat pusat pemulihan,penjara,pusat pemulihan akhlak..ini tidak termasuk anggota anggota keselamatan terpaksa di tugaskan untuk menjaga mat rempit pada setiap malam minggu..sedangkan wang tu boleh digunakan untuk membangunkan madrasah madrasah yang uzur   yang kadang kadang ustaznya mendapat gaji dan kadang kadang tidak.Sumber kewangan tu boleh digunakan untuk menghantar jemaah dakwah keseluruh alam kerana sekarang ramai orang nak masuk islam di Brazi,chilie US di jepun dan korea tetapi tak cukup pendakwah..


Perbicaraan itu aku tamatkan dengan mengajak dia berdoa supaya Allah selamatkan saya dari usaha agama ini, dan doalah supaya abang juga buat usaha nabi yang dipinggirkan oleh orang islam sendiri.Tidak ada cara lain lagi umat islam dapat kemenangan hanya dengan usaha dakwah bantuan Allah akan bersama orang orang islam..Banyak yang mempunyai sangkaan pulak jadi baik baru buat dakwah sebenarnya anggapan nie salah..BUAT DAKWAH DULU NANTI ALLAH AKAN UBAH KITA JADI BAIK.....





Thursday, October 7, 2010

Aku Lupa

Aku selalu lupa bahawa hidup dunia cuma sedetik waktu je ..kalau di nisbahkan dengan 1 hari akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia ..maknanya kalau kita hidup 70 tahun di dunia kita hanya hidup 2 minit je!!!.Jadi berbaloi ke dalam kehidupan yang sekejap tu kita sering berdukacita,sering hampa dan keluh kesah.

Aku selalu lupa bahawa harta yang aku simpan ini pasti bukan milik aku,harta yang jadi milik aku yelah harta yang telah dibelanjakan untuk jalan Allah,tetapi kenapa aku bakhil dan berkira kira untuk infaqkan harta aku ini dijalan Allah

Aku selalu lupa bahawa jangankan harta yang tidak melekat di tubuh badan aku ni bukan milik aku bahkan tangan, kaki,mata dan seluruhnya juga bukan milik aku,Rupa paras yang cantik dan dihias hiasini satu hari hari akan hanya akan menjadi makanan ulat ulat di dalam tanah.

Aku selalu lupa bahawa , anak anak dan isteri ini bukan lah milik aku semuanya akan di pulangkan ke Allah dan mereka hanya amanah dan ujian kesabaran je bagi aku.Kalau kita tidak bawa mereka kepada agama di dunia nie nescaya di akhirat nanti merekalah akan menjadi musuh aku yang utama,kerana mereka akan membuat tuntutan yang tidak mampu aku bayar.

Aku sering lupa memang Allah telah bagi tahu manusia memang pelupa dan sering keluh kesah..dan Allah lah yang mebolak balikkan hati manusia..sebab Allah nak manusia hanya bergantung kepada Dia.Sesiapa yang usahakan keyakinan dalam hati mereka kepada Allah maka Allah akan mudahkan kepada mereka untuk datang kepada amal amal agama.Sesiapa yang datang kepada amal amal agama maka hatinya akan jadi tenang.Semua yang datang kepada nya akan memberi manfaat  samada berupa kejayaan atau kegagalan,sakit atau sehat,kaya atau miskin,muda atau tua anak anak, isteri,keluarga,perniagaan malahan  kematian juga akan membawa kejayaan kepadanya.

Tetapi bila kita tak usahakan keyakinan kita pada Allah,iman tidak terbentuk..bila iman lemah amal amal agama akan menjadi sesuatu yang membebankan.solat beban,puasa menyusahkan,baca quran mengantuk dan lain lain lagi.bukan itu sahaja bahkan apa yang datang kepada nya kejayaan,kegagalan,anak anak ,isteri isteri,kekayaan,kemiskinan ,pangkat dan darjat juga tidak akan membawa kepada apa apa faedah kepadanya. mati pun sesuatu yang amat menyakitkan baginya.

seandainya hati kita lara ,stress hanya satu je jalan keluar kembalilah kepada agama dengan perbanyakkan
percakapan tentang kebesaran Allah,gunakan telinga untuk mendengar kebesaran Allah,fikiran kita untuk fikir kebesaran Allah lihat lah hasilnya nanti iman akan meningkat...Oleh itu letakkan diri kita dalam lingkungan orang orang yang mengingatkan kita tentang agama kerana itulah nikmat yang paling besar,kerana tanda Allah sukakan seseorang Allah akan meletakkannya ditempat tempat yang baik dan Allah akan lingkungi dirinya dengan orang orang yang baik yang sentiasa  mengingatkan  dirinya tentang agama.Sebab itulah kegagalan yang sebenarnya bukanlah kita tak lulus spm,gagal dalam bercinta,bangkrup dalam perniagaan dan lain lain KEGAGALAN YANG SEBENARNYA APABILA KITA DI ISTIHAR SEBAGAI AHLI NERAKA...oleh itu enjoylah kehidupan ini dengan mengikuti perintah perintah Allah dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad...pasti hati akan tenang kerana kita telah mendapat kejayaan hakiki.