Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Sunday, November 21, 2010

Suami penyebab isteri dihumban dalam neraka

Setiap hari isteri melihat suami pergi kerja..kemudian pulang membawa wang gaji,membawa makanan dan menyediakan pelbagai kemudahan .Suami lah sumber kekuatan sumber kebahagiaan dan sumber segala galanya.Kemudian terbit dalam hati ooooh  suami akulah yang bagi rezeki,suami aku yang bagi segala galanya..dan keyakinan ini telah subur dari tahun ke tahun hingga hingga terpasak dalam hati keyakinan ini,dan pada ketika itu juga sifat memunyai sang suami akan masuk dalam hati dan bermulalah satu bencana yang paling besar dimana sudah jadi fitrah manusia  bila kita rasa memunyai sesuatu dalam masa yang sama kita akan takutkan kehilangan dan bila kita takut kehilangan kita akan megorbankan masa ,harta dan diri untuk merpertahankan pekara tersebut.

Malangnya usaha tersebut pasti menemui kegagalan kerana disaat kita benar benar susah,orang yang yang kita telah korbankan seluruh masa,diri dan segala galanya tidak dapat menolong kita..suami yang kita cintai hanya melihat je kita dari jarak yang jauh sewaktu jenazah sang isteri diletakkan ditengah ruangan rumah,sewaktu kita dimasukkan didalam kubur suami kita hanya melihat jasad kaku isteri sedang dikambus perlahan lahan...sewaktu  sang isteri sedang ditanya oleh malaikat dalam kubur tiada sesiapa pun yang berada disamping kita untuk membantu...hampaaa....mana suami aku...mana semua orang...gelaaaap...di waktu tu baru kita tahu rupa rupanya suami kita tak boleh bagi apa apa...cinta suami kita yang bernama makhluk nie sebenarnya cinta palsu...baru kita sedar sebenarnya yang dapat membantu kita ialah Allah,yang bagi rezeki adalah Allah,yang bagi kebahagiaan ialah Allah..maknanya yang kita kena usahakan adalah cinta Allah dan Rasulnya..tetapi yang inilah tidak kita usahakan...kerugian ini bukan sahaja kerugian dalam kubur bahkan kerugian juga di masyar dan tambah rugi lagi bila dicampak dalam Neraka..

Mudah mudahan ada kesedaran dalam diri kita untuk keluarkan keyakinan keyakinan yang selain dari Allah dalam hati kita supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi(lihat ayat at taubah 24) ada perintah dari allah untuk keluarkan 8 pekara dalam hati kita..seandainya kita tidak usaha untuk keluar 8 pekara tersebut insyallah matilah kita dalam keadaan syirik dengan Allah..nauzubillah.semuda Allah memberi taufik dan hidayat kepada seluruh para suami agar kita tidak menjadi asbab isteri kita dihumban dalam neraka Allah..aminnnn

Thursday, November 18, 2010




Keluar je dari lobi hotel aku duduk sebentar didepan hotel..melihat keriuhan bandar metro manila yang disi hampir 20 juta penduduk..lebih kurang sama dengan jakarta bezanya jakarta ramai penduduk islam tetapi manila kurang dari 1%...selebihnya agama lain lain mojaritinya kristian.Setibanya aku di airport pun baru je menjelang waktu subuh mmemang aku dah set insyallah takde musollah yang disediakan disini,jadi teman aku yang ambil di airport dah sediakan kain sebagai alas sembahyang.
Walaupun hati agak sedih melihat begitu ramai orang yang tiada kalimah Allah...sudah pasti ramai yang akan masuk neraka..aduss kasihannya..disebalik kesedihan itu aku agak gembira melihat teman teman  yang datang untuk menyambut(huh macam le orang hebat sangat)..terdiri daripada mereka dari rakan jemaah .Dengan pakaian sunnah berjanggut dan penuh ikram mereka menyambut aku di airport.Didalam van mereka memberi kakuzari(laporan) usaha agama di seluruh philipine..dengan jumlah orang islam yang betul betul minoriti mereka tiada siapa jadi pembantu,mereka tiada platform politik untuk di perjuangkan,mereka tiada platform persatuan atau ngo atau kolej islam atau universiti islam atau apa apa yang mahu diketengahkan.. masjid dan surau boleh dikira dengan jari. ...yang mereka ada usaha agama..megajak manusia terus kepada Allah..dengan usaha ini perlahan perlahan islam telah berkembang biak dengan baik..walau pun mereka minoriti tetapi mereka ada qualiti islam yang sebenar.

Friday, November 12, 2010

Kau dah masuk tabligh ker?

Bila ada facebook ni samada suka atau tidak kita akan mencari atau dicari oleh teman teman lama atau pun dicari atau mencari ex boyfriend/gilrfriend lama..hahahaha..bila dah lama berborak dalam fb perjumpaan reunion akan dibuat dan soalan pertama bila kawan kawan aku jumpa aku..min kau dah masuk tabligh ker..biasanya aku akan megangguk tanda tak setuju...mengangguk tu tanda respek tapi dalam hati aku kerja tabligh nie bukan boleh masuk ke tak masuk semua orang islam kena buat.

Cuba bayangkan kalau mana mana president parti beri amanat semua ahli akan dengar dan selesai jer perhimpunan ahli parti akan cuba untuk menterjemah amanat president supaya dapat direalisasikan..tv dan radio sibuk memaparkan komen komen dari ahli ahli yang pakar dalam memberi komen tersebut walaupun ada komen komen yang sebenarnya lebih nak membodek..hahahaha seronok aku tengok manusia manusia yang tertipu dengan warisan politik yahudi nie.hipokrit..ahh takpe lah mereka tak faham nak buat macamana...aku pun macam tu juga dulu..hihihihi..sabar je lah..
Dan sekarang cuba fikirkan dalam kuthubah haji wida Nabi Muhammad presiden seluruh umat sampai hari kiamat..dan president yang akan tunggu umat di yau mil mashar nanti memberi amanat supaya setiap inci dari amanat beliau disampaikan kepada sesiapa yang tidak hadir sehingga orang terakhir dikalangan kamu lebih memahami dari sahabat yang hadir..ada kita dengar macam kita beria ria dengan ucapan president parti dunia...ada kita bagi komen komen yang kita berjanji nak laksanakan?
Sahabat faham maksud amanat Nabi seluruh sahabat telah bergerak ke seluruh pelusok dunia..sehingga dari sahabat kepada tabiin..tabiin..ulama dan akhirnya kita pun dapat Kalimah Allah dan beragama islam.Bukan sikit 124 ribu sahabat telah bergerak dalam melaksanakan amanat president umat sedunia.Inilah yang dinamakan usaha tabligh(menyampakan) bukan jemaah tabligh.Jadi bila kita bangun atas usaha nie dan tinggalkan usaha politik yang batil (buat pecah umat je) Allah akan ubah hati hati manusia menjadi baik,bila hati manusia baik tindakan jadi baik,akhlak jadi baik,ekonomi jadi baik(takde orang nak menipu),iman jadi baik,amal jadi baik,muamalat dan musayarat jadi baik...dan inilahlah yang dinamakan politik untuk melahirkan tamadun umat bukan tamadun negara..sesiapa yang cuba bangunkan tamadun negara atau tamadun bangsa Allah akan masukkan sifat namrud dan Firaun dan hamman (menghalalkan apa pun cara yang penting mesti berkuasa)dalam diri mereka dan insyallah bangun le kat mashar dgn mereka nauzubillah.Sebab tu tak hairanlah sistem minoriti dan mojariti nie hanya menjadikan manusia bersifat kibir merasakan diri lebih baik dari orang lain,lebih beriman dari orang lain tetapi kalau yang kita bangunkan tamadun ummat Islam dengan cara Nabi Muhammad..insyallah kita akan berjaya di dunia dan akhirat dan akan melahirkan insan insan yang tawaduk,insan yang banyak bergantung kepada Allah,insan yang yang merasakan diri kurang dari orang lain...dan inilah sifat orang orang beriman..


Tuesday, November 9, 2010

Sedih ke kita?

"Mana uda ..tak nampak pun muka dia..dia tak balik beraya ke?"soalan dilontarkan ke isteri aku sewaktu dah 3 kali lebaran aku tak bersama dengan isteri dan keluarga."Dia keluar kak 4 bulan " jawab isteri ku tanpa ada rasa sedih kerana dia amat mengerti tentang perjuangan suaminya."kesian awak kan raya raya nie suami takde"sambil berlalu meninggalkan isteri aku yang sedang mengemas ngemas kerana esok semua orang akan bergembira untuk meyambut lebaran.Di ruangan lain aku berada ribuan kilometer dari keluarga aku yang tersayang..terbayang bayang bagaimana suasana lebaran dengan keluarga..ahhhh semua tu perlu aku korbankan kerana 7 billion penduduk dunia baru 1.5 billion je yang beragama Islam selebihnya sedang  berbondong bondong ke neraka Allah.

Aku cuba menguatkan semangat aku,walau pun aku perasan esok mahu lebaran tiada makanan yang enak yang dapat aku hidangkan untuk jemaah aku..Aku memikirkan seandainya mereka mati tanpa kalimah Allah pasti mereka akan masuk neraka selama lamanya..bila mereka masuk neraka mereka akan ditanya oleh malaikat..di dunia dulu takdeke yang beri peringatan tentang seksanya neraka..meraka cakap tiada...adussss seluruh orang islam akan dipanggil.apa aku nak jawab..Allah bagi aku mata..mulut..fikiran..dan segala macam bakat..apa dah aku buat dengan nikmat nikmat tu...sekadar untuk menjadi jutawan orang kafir pun dapat nikmat tu..aku duduk berteleku air mata tidak dapat aku tahan kerana kesedihan melihat ramai orang akan masuk neraka..ramai orang islam tak sedar bahawa semua mereka akan ditanya..kesedihan ini dah mengatasi kesedihan aku tak beraya dengan keluarga aku.

Terdengar jeritan diluar dalam bahasa yang aku tak fahami..aku menoleh kebelakang melihat teman teman aku..mereka mengisyaratkan bahawa esok hari raya..maknanya malam nie tiada solat terawih..selepas solat isya aku memanggil semua jemaah..Aku tahu semua berada dalam keadaan hiba..aku perlu bagi mereka semangat..umat sekarang hanya korban tak dapat beraya dengan keluarga tapi sahabat nabi korbankan nyawa mereka untuk agama..

Isteri isteri sahabat berbangga menjadi janda kerana kematian suami yang syaid di jalan Allah..mereka tak bersedih pun sebab mereka faham walau pun mereka tak berjihad tetapi setiap inci pahala suami mereka akan dimasukkan kedalam buku amalannya..dan mereka akan dihias oleh bidadari dan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka.aku berdoa ya Allah terima lah pegorbanan isteri aku nie yg selalu ditinggalkan oleh aku ..balas lah semua kesedihan itu dengan ganjaran syurga.Aku tak mahu dalam hati isteri aku ada aku..aku mahu dalam hatinya ada kebesaran Allah..cintanya dengan Allah dan Rasul..cinta manusia nie semua cinta palsu..aku mahu bila aku tinggalkan dia..pergantungannya hanya dengan Allah..aku sering berpesan kalau ada masalah..sembahyang 2 rakaat minta dengan Allah..

Akhirnya aku terlelap selepas bertakbir dan bertahmid dengan ditemani oleh ribuan para nyamuk ..walau pun berkelambu tapi sempat juga nyamuk nyamuk ini mencari peluang untuk menghisap darah..aku reda sebab darah dan air mata ini insyalllah akan menjadi saksi aku di hari akhirat kelak.Aku pun baru cuma belajar belajar tinggalkan apa yang aku suka untuk kepentingan agama,mungkin ramai yang beranggapan meninggalkan family ini satu kezaliman,tetapi kalaulah sahabat Nabi tidak melakukan pegorbanan seperti ini semuanya tidak keluar dari bumi Mekah dan Madinah..tiada sahabat yang sampai ke Afrika,tiada sahabat sampai ke cina dan tiada sahabat sampai ke India..agak agaknya apalah sembahan kita hari ini..entah entah kita sembah matahari,pokok atau berhala....jadi aku melakukan pegorbanan yang sama mudah mudahan di masa hadapan generasi aku masih kenal Allah dan Rasul...aminnnnnnn