Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Tuesday, May 24, 2011

Taklim dan kepentingannya

Selepas je solat subuh kebanyakkan mata jemaah tertumpu kepada aku, sebab mereka tahu abis je doa di aminkan aku akan melangkah ke ruang depan untuk membaca beberapa hadis samada di petik dari kitab fadail amal karangan maulana zakaria atau pun muntkhab hadis susunan maulana Yusuf al kandhawi.Kadang kala suara aku bergetar dan kadang kadang air mata tak dapat dibendung kerana membaca hadis hadis berkenaan dengan siksaan siksaan Allah.
Mungkin ramai yang beranggapan kitab ini khusus untuk jemaah tabligh..sebenarnya inilah satu salah faham yang telah berlaku dalam masyarakat..bayangkan sekiranya kita tidak mendengar kalamullah dan kalmulhadis hati kita kan menjadi keras.Taklim atau pun membaca hadis dan ayat al quran merupakan rawatan yang paling mujarab untuk merawat penyakit jiwa yang melanda masyarakat hari ini.Penyakit jiwa semakin parah baca je di surat khabar(aku dah lama tak beli surat khabar) TV,internet dan lain lain media takde cerita lain hanya mengisahkan jiwa manusia yang dah parah.Kisah berebut jawatan contohnya perdana menteri(saje guna tulisan kecik) padahal takde pun janji Allah siapa yang jadi perdana menteri masuk syurga..tak kisah le orang yang tak sekolah agama berebut jawatan orang yang dikatakan ulama pun meghalalkan banyak cara untuk jadi pemimpin...padahal zaman sahabat dahulu mereka takut untuk di pilih sebagai pemimpin..Hazrat Umar dikatakan pengsan beberapa kali bila nama beliau di sebut sebagai pengganti khalifah yang ke pertama.
Sakit jiwa ini berpunca dari ketaksuban kepada dunia yang melampau dan akhirnya tercabutlah kebesaran Allah dari dalam hati hati umat islam...hati jadi gelap(bayangkan bawak keta laju laju kemudian gelapkan lampu) itulah keadaan umat sekarang yang terogol anak sendiri..yang menyembelih bapak sendiri..itu semua gara gara jiwa gelap..apakah keadah pengubatan yang mujarab yang Nabi ajar..
Buat Taklim dimasjid dan taklim di rumah...belive me semua kan akan berubah kerana seandainya kita nak hilangkan kegelapan hati anak kita yang nakal kita pukul,belasah separuh mati,maki hamun dan lain lain kegelapan tidak akan berganjak....tetapi kalau kita masukkan cahaya kegelapan akan hilang dengan sendirinya..tak percaya masuk lah bilik yang gelap kita halau kegelapan itu dengan merotannya,menembaknya memaki hamun nya kegelapan tak akan hilang..on je lampu terus hilang gelap..
Oleh itu dalam kitab fadail Amal dan muntakhab hadis telah disediakan 2 cahaya yang akan menerangi hati hati umat iaitu Nur Quran dan Hadis..disamping itu kalau taklim dibuat di rumah ada malaikat yang Allah cipta untuk mencari majlis majlis zikir(membesarkan Allah dan selawat atas Nabi) malaikat malaikat ini akan hadir duduk berbaris baris hingga aras Allah dengan membawa dua pekara yang penting.Pertama malaikat akan membawa sakinah ( ketenangan) dan malaikat akan memohon doa agar seluruh isi rumah mendapat keampunan dari Allah..sebagai suami pun sekurangnya dah jalankan tanggungjawab untuk mengajar agama dilingkungan keluarga..alhamdulilah suami suami sering ke surau sembahyang jemaah dengar kuliah agama tetapi anak dan isteri di kuliahkan oleh drama drama senetron,maharajalawak ,akedemi fantasia dan lain lain siaran yang tah ada faedah atau tak.
Jadi marilah kita berazam untuk buat taklim di masjid atau di rumah kerana rumah yang dihidupkan taklim akan dilihat oleh para malaikat dilangit seperti bintang bintang bercahaya tetapi seandainya tiada amalan taklim  sinar agama tidak akan subur di dalam rumah maka rumah kita akan dilihat seprti kubur kubur ditanah perkuburan.(yang duduk dalam kuburkan ni kan mayat) semuga aku yang cakap nie dapat amal..kerana seringkali mudah untuk cakap tapi sukar untuk amalkan...mintak doa dikalangan pembaca semuga Allah merahmati aku nie yang lemah iman.

Wednesday, May 18, 2011

kenangan lalu

Keputusan aku untuk menoreh getah selepas tamatnya aku belajar di ITM Shah Alam agak memeranjatkan mak dan abah.."takpe lah cari le kebun sesiapa biar uda yang toreh..nanti hasilnya boleh berbahagi dengan empunya kebun"aku cuba memujuk emak yang sedang mengadun ragi dan biji biji soya untuk dijadikan tempe...hihihi tempe yang yang ramai peminatnya bila bakal dijual dipasar minggu di pekan Gemas."Insyallah ada tu beberapa kebun" mak cuba memberi beberapa tuan punya kebun yang mana kebunnya tak ditoreh disebabkan ketika tu harga getah amat rendah..jual getah sekerap pun baru 80 sen sekilo..Setelah mendapat kata persetujuan akhirnya aku memilih untuk menoreh sebidang kebun yang pokoknya dah tua pelan pokok getahnya dah melampaui  batangnya sehingga kedahan dahannya juga ditoreh..hahahha pokok bakal nak kena tebang macam ni lah.
Esoknya bermula kerjaya aku sebagai penoreh getah..pisau getah lama aku asah sehingga tajam kemudian aku mencari batang kayu yang sesuai untuk aku gunakan sebagai batang sambungan kepada pisau torah kerana pokok pokok yang tertentu perlu dijangkau oleh batang kayu tadi kerana pelan torehan yang agak tinggi..Siualan sang nyamuk berbelang menghurung di kepala walaupun tin milo yang di ikat dipinggang telah aku masukkan lingkaran ubat nyamuk kuat...itu kata iklannya..bukan sekadar menoreh kulit pohon getah malahan aku juga harus memastikan lelehan susu getah mengalir sempurna ke mangkuk hayun...hahahah memang selalu kena hayun oleh monyet monyet yang tak berkeperimonyentan..sehingga banyak mangkuk getah aku yang hilang..dah lah segerap aku hilang mangkuk pun dihayunnya kedalam semak..sabar je lah aku dengan monyet nie.
Kadang kadang aku duduk sebentar di perdu pohon sambil menyeka peluh yang keluar..tangan menampar nyamuk yang sudah kekenyangan yang sering hinggap diatas dahi.adoii hari dah tengahari banyak lagi pokok tak ditoreh..baru aku sedar betapa susahnya mak dan abah dalam berikhtiar untuk membesarkan anak anak..ketika itu juga aku memikirkan bagaimana nak balas jasa mereka..baru sehari dua aku masuk pejabat dengan uniform lengkap bertopi,berseluar dan berbaju yang penuh dengan getah getah kering sambil tin milo yang berasap dilekatkan dipinggang..berkasut getah (RM3 satu kasut tu) fuhhh segak betul..itu pun aku dah rasa penat..ni mak abah dah bertahun tahun menghirup kesedapan aroma getah segerap..bermula dari hari itu aku berazam sesungguhnya aku nak jadi anak yang cuba untuk membalas jasa mak abah..insyallah..
Namun segalanya tinggal kenangan aku hitung hitung dah hampir 20 tahun peristiwa tu berlalu..dan sekarang aku dah dapat formula yang sebenar untuk balas jasa orang tua..bukan dengan wang ringgit dan kemewahan..kalau kita bagi mak ambik tapi yang mak dan abah perlukan anak anaknya menjadi anak anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka ..sewaktu mereka hidup dan apatah lagi selepas mereka meningggal dunia...aku berazam setiap doa dan amal yang aku buat semuanya aku sedekahkan kepada mak dan abah ..esok aku nak telefon mereka dan ajak keluar di jalan Allah...Ya Alla h terima lah mereka dalam usaha agama..betapa cantik nya mak bila lengkap berpakaian purdah..dan bertapa berseri serinya abah bila mereka keluar 3 hari kemarin bersama dengan aku..Ya Allah ketemukan kami di dalam syurgamu Ya Allah..aminnnn

Tuesday, May 10, 2011

Cerita Tawaf 2

Tiba tiba mulut tersengih lebar bila teringat kisah tawaf nie..kisah yang tak dapat nak di terjemahkan secara sempurna samada nak tertawa atau pun bersimpati..kisahnya bermula bila teman ku tak bawak kain ihram dan berniat nak beli ihram semasa berada di tanah suci,memang pun tak dinafikan kalau kita tak bawak kain ihram samada kita berniat di mana mana miqat samada di Bir Ali,Jahrana atau tanaim banyak barang barang ihram dijual dari kain ihram,tali pinggang dan sebagainya.Tetapi nasib teman aku bertambah 'baik'kerana ditawarkan oleh kain ihram oleh pakciknya yang memang salah seorang tetamu Allah yang telah membawa kain ihram extra.

"Ehhhh jangan beli baru sayang duit tu..pakai je arwah kawan pakcik punya ihram nie..kain niedah lama tapi masih bagus lagi' kata pakcik kawan aku sambil meyakinkan bahawa kain nie masih kuat walau pun dah agak lama.."Yea tak yea juga nih kain nie pun bukan pakai selalu ,time nak umrah je..kawan aku mula bersependapat dengan pakciknya.Kepalanya berfikir haaa jimat masa tak perlu nak keluar duit untuk belikain ihram..bukan soal duit tapi sekurang kurangnya tak perlu nak bergaduh dengan orang arab nie faham faham le seringkali orang orang arab (kadangkala orang bangldesh dan myanmar) sering menekan harga dalam saat kita memerlukan sesuatu.

Setelah jemaaah berihram dan berniat di miqat perjalanan 5 jam dari madinah ke mekah memang lah agak memenatkan..yang pasti bila sampai di mekah masing masing telah memasang niat nak segera bertawaf dan bersaei supaya tahalul dapat dibuat dan kain ihram dapat dibuka..maknnaya lebih lega kerana berihram nie agak mujahadah pemakaiannya..si kawan aku nie pun dengan bangganya mengayakanlah kain ihram yang di pinjam..tetapi kenapa lak semasa bertawaf orang asyik memerhatikannya sambil tersenyum senyum..ahhh mungkin mereka memandang orang lain atau pun mungkin aku handsome sikit berbanding dengan peserta peserta umrah dari afrika...hahahahha agaknya lah macho juga aku nie..selesai tawaf dan saei untuk menunjukkan kegantengannya dan kehandsomean tu sahabat baik aku nie menuju ke hilton untuk menghilangkan tekak yang dahaga ..dalam hati hilangkan dahaga sambil bergaya..Hilton tu tak main le kedai kedai lesehan yang banyak yang terdapat disekeliling kota mekah..suasana sama juga sepanjang menuju ke Hilton orang lain memandang sambil tersenyum senyum..kembang juga bulu hidung nie..hahahah...selesai minum terus menuju ke hotel dengan niat untuk berehat ..capek dah nie..sampai dibilik kain ihram dilepaskan untuk ganti kain pelikat yang lebih selesa tapi satu tepukan ke dahi yang menyebabkan suasana yang tenang bertukar menjadi kunang kunang yang berterbangan ...alamak kain ihram aku koyak..adoiiii besar pulak tu macamana aku tak perasan ni...

p/s-cerita ini adalah bukan rekaan dan ada kena mengena dengan yang hidup dan orang nie  belum mati hahahahha

Monday, May 9, 2011

Tawaf Umat Akhir Zaman



Ketika kaki meginjak lantai putih yang sering dicuci oleh pekerja pekerja bin laden hati aku agak gementar dalam meluruskan niat utk mencari redha Allah.. tapi kaki menghayun tapak demi tapak untuk menghabiskan 7 pusingan mengelilingi kotah hitam bernama kabaah.Hati aku agak bercampur baur gembira dan berduka, suka kerana aku telah di pilih oleh Allah untuk menginjak bumi yang mulia ini berduka kerana kabaah yang menjadi kesatuan amat gagal diresapi oleh seluruh umat yang namanya disebut ketika saat saat akhir umur nabi.air mata mengalir melihat manusia bersising lengan untuk melekatkan ciuman di batu hajaratul aswad yang mulia.di muktazam manusia bergaduh gaduh dalam meloloskan diri untuk melekapkan dri di batu pintu kabaah ada yang meninggikan suara dan pelbagai lagi..umat umat umat.hati aku merasa pilu apakah perasaan Nabi apabila melihat umat akhir zaman ini.

Selesai tawaf aku bergerak ke belakang makam ibrahim untuk mengambil tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf..hati hiba ..hiba kerana aku memikirkan sunah sunah nabi sudah tidak diamalkan oleh umat..orang yang mengamalkan sunah di pandang sepi dan hina..solat awal waktu secara berjemaah contohnya dipandang sepi..manusia mencari cara untuk menyatukan umat..dengan cara berpolitik..dengan cara itu dan ini..sedangkan caranya nabi telah tunjukkan dudukkan diri dalam barisan saf sambil dahi diturunkan lebih rendah dari tumit kaki sambil mengadap Allah 5 kali sehari dengan awal waktu,berjemaah dan ikhlas pasti berjaya seperti mana yang diterangkan dalam azan.ooo saya sibuk dengan bisnes saya sibuk dengan ekonomi dan ini pun agama juga ..telinga aku masih mendengar bait bait alasan ..teringat pesanan Maulana Saat dalam bayan nasihat berkata dengan jelas kalau kita berniaga mengikut syariaat tiada timbangan yang dikurangi tetapi tidak hadir dalam solat berjemaah ini pun ahli neraka..kerana saat azan berkumandang mengatakan ALLAHUAKHBAR masih lagi dengan perniagaan masih lagi dgn pekerjaan maknanya 
.Allah besar hanya di mulut mereka sedangkan dalam hati mereka dunia lah yang menjadi raja.

Ya Allah ampun dosa umat Ya Allah ..umat sedang sakit umat sedang lena dibuai oleh mimpi mimpi dajal..Ya Allah campakkan sedikit hidayat mu Ya Allah agar manusia kembali kepada mu...Ya Allah engkau maha hebat dan tidak akan turun darjatmu kalau kau memberi hidayat kepada seluruh umat mu Ya Allah..kau maha pemaaf maafkan lah dosa umat..Apa yang didoa oleh Nabi Muhammad untuk kebaikkan umat itu juga lah doa kami dan apa yang dimintak oleh Nabi supaya dijauhkan dari umat itu pun doa kami..kami bodoh lagi zalim Ya Allah maafkan kami ampun dosa dosa kami..dosa kami yang kecil dosa kami yang besar..dosa kami yang lakukan secara terang terangan dosa yang kami lakukan secara bersendirian..dosa yang kami lakukan diwaktu siang dosa yang kami lakukan diwaktu malam..seandainya kami mati membawa dosa walaupun sedebu pun pasti tidak ada siksaan mu yang sedikit di neraka nanti..aku pasrah dan berserah diri pada engkau Ya Allah..amin ya robbal amin..

ada sambungan insyallah