Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Thursday, February 25, 2010

SAYANG KE KITA PADA NABI MUHAMMAD?

Hari ni dah hampir 1500 tahun Nabi yang kita sayangi telah meninggalkan kita,bila kita selusuri sejarah Nabi Muhammad SAW tidak ada zaman atau kurun yang terbaik selain dari kurun beliau.Peradaban manusia telah diangkat sehinggakan umat yang terkenal dengan sifat jahilliah telah menjadi sebaik baik umat...yang pastinya Nabi Muhammad tidak membina tamadun material tetapi membina tamadun peribadi muslim sehingga al quran dapat dihidupkan dalam diri para sahabat.
Satu ketika semasa saya melewati makam Nabi terfikir dalam benak saya ..betul ke saya sayangkan Nabi?Berapa hadis telah saya hafal macamana kita sering hafal lirik artis pujaan kita...?dah berapa sunah telah saya amalkan?Sedangkan tanda sempurnanya islam dalam diri kita berkadar terus dengan sebanyak mana sunah telah kita amalkan.Berapa banyak selawat telah saya baca dengan penuh penghayatan membayangkan susah payah perjuangan Beliau.Pastinya saya tak dapat jawab soalan ini dengan sempurna,saya cuma mampu mengeluarkan air mata..macamana saya nak dapat syafaat dari beliau di mashar nanti...kalau nabi Muhammad tidak mahu bagi syafaat kepada kita yang hari hari buat dosa...siapa lagi yang akan bagi?
Umur kita makin berkurang setiap hari,maut tidak berhajat kepada umur,sakit atau sehat...cukup masa kita pasti akan pergi..marilah kita kembali kepada agama dengan mengembalikan keyakinan kita kepada Allah dan melakukan amal sebagaimana yang dibuat oleh Rasullulah..dan doakan saya yang lemah iman nie supaya Allah bagi taufik dan hidayah...dan insyallah saya doakan seluruh umat semoga tidak ada dikalangan kita yang Allah humban ke api neraka...nauzubillah

Wednesday, February 24, 2010

FIKIRAN KACAU

Bila fikiran kacau,..duduk pun salah...berdiri pun salah..masuk ke tandas tapi tak tak tahu nak buat apa.Buka fail kerja tapi fikiran jauh melayang..baring tapi tak lelap lelap..haa tu lah tanda awal fikiran tengah kacau.Fikiran kacau nie adalah masalah dunia hari nie..ianya berpunca apabaila emosi tak dapat dikawal dengan baik.Bila emosi tak dapat dikawal dengan baik ianya akan melahirkan tindakan tindakan luar kawalan.Bacalah didada dada akhbar macam macam tindakan luar kawalan yang pelik pelik dibuat dari memukul sehinggalah membunuh dengan kerana alasan yang yang tak munasabah.Ada yang menikam perut isteri yang mintak cerai..ada yang membunuh seluruh keluarga  sampai sembelih dan siap potong kepala.ada yang sanggup meracun semua anak lepas tu bunuh diri.

Inilah kesan dari lemahnya iman dalam diri kita,Apa maksud iman?kita meyakini sesungguhnya tiada yang berkuasa,yang memberi manfaat mudarat,kebaikkan keburukan ,kemuliaan dan kehinaan hanya datang dari Allah selain dari allah tidak boleh memberi kesan.iman nie lebih penting dari oksigen yang kita sedut ni.Kalau takde oksigen takde paling teruk kita akan mati..lepas mati kita tak akan berhajat dengan oksigen lagi..iman lebih penting dari air yang kita minum sebab tanpa air kita akan mati dan selepas mati tak pernah kita lihat orang mintak air lagi...sebab kita dah tak berhajat kepada air.tapi tanpa iman kita susah sebab bila dah mati pun soalan pertama Allah tanya dalam kubur adalah soal iman.maka kita akan menanggung penderitaan bukan sahaja di dunia je malahan dalam neraka Allah selama lamanya...nauzubillah

Sebab tu Allah letakkan ketenangan hidup kita kita nie bila kita amal agama,sebab Allah yang cipta manusia jadi allah tahu apa yang manusia perlukan.Sebab tu kalau kita dapat bercakap tentang kebesaran Allah setiap hari,solat awal waktu,baca quran dan zikir setiap hari pasti dan pasti hati akan tenang.Ketenangan tiada dalam harta yang banyak,duit yang melimpah ruah,isteri yang cantik dan ramai..sebab di depan mata kita Allah telah tunjukkan contoh berapa ramai orang yang duitnya banyak tapi hati tidak pernah gembira.Rumah villa yang besar tapi panas umpama neraka.

Jadi marilah kita kembali kepada perintah Allah..hanya itu jer yang akan mengubat fikiran kita yang kacau nie,kehidupan di dunia bukan lama sementara je..60-70 tahun kita mati..jadi jadikan dunia nie ladang untuk kita bertani,susah payah,mujahadah hasilnya kita pungut di akhirat nanti..rugilah bagi manusia yang di dunia yang tidak usahakan imannya..rugi didunia dan rugi diakhirat..

wallahualam

Sunday, February 7, 2010

SEDIHNYA TENGOK

Sewaktu berada di wilayah pergunungan di Daerah Sherpur Bangladesh aku "kagum" melihat kegigihan mubaligh mubaligh kristian yang berasaskan pergerakan NGO yang bergerak dari rumah rumah.Mereka sanggup berjalan kaki beratus  kilometer untuk menemui manusia yang ada dikawasan pergunungan dikawasan ini.Dengan dibantu oleh jurubahasa tempatan mereka akan mengumpulkan terutamannya orang orang perempuan dan  memberi ceramah.Ceramah mereka lebih berkisar tentang pentingnya orang orang perempuan keluar dari rumah untuk berkerja.sesiapa yang menganggotai NGO tersebut juga selain diberi peluang perkerjaan mereka juga akan diberikan pinjaman wang,dimana dengan wang tersebut mereka boleh menukar rumah asal mereka yang diperbuat dari tanah liat ke rumah rumah yang diperbuat dari zink.
Mereka juga akan diberi pinjaman untuk membeli televisyen dimana sekarang menjadi kegilaan warga untuk menonton siaran siaran tv.Golongan wanita yang berkerja akan diberi upah yang agak tinggi diceritakan mereka tidak dibenarkan sembahyang ..wallahualam..sedih juga melihat keadaan begitu...walaupun aku berbeza keturunan,kulit,kebudayaan dan segala galanya berbeza...mereka tetap orang islam yang sama kalimah dengan aku..Yang aku nak sampaikan kat sini...mereka datang dari jauh..USA,Eropah..kenapa mereka tak guna internet je..atau masuk siaran TV je..untuk berdakwah..lagi senang...atau buat forum perdana je.

Sebenarnya faktor kejayaan mereka ialah..MEREKA TELAH GUNAKAN CARA SUNAH NABI MUHAMMAD SAW...jumpa manusia dari rumah ke rumah ,lorong ke lorong..korban masa dan diri mereka...kita kata mereka ini kuat sebab mereka dapat fund yang besar untuk menampung aktiviti mubaligh mereka..tetapi kalau kita dapat fund yang sama mahu ke kita korbankan masa dan diri kita bertahun tahun di wilayah pedalaman Bangladesh nie...yang waktu aku rebus ubi pun diorang pelik kerana sebelum nie mereka cuma makan ubi mentah je..mereka berhabisan dalam buat kerja kerja batil...ada perempuan membotakkan kepala kerana tidak mahu membuang waktu dalam penjagaan rambut..

Aku doa semuga Allah bagi taufik dan hidayah kat seluruh umat islam agar bangkitkan umat ini atas kerja mengajak manusia kebaikkan dan mencegah manusia dari kemunkaran dengan cara yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw..hanya bila kita bangkit dengan kerja dakwah pertolongan Allah akan bersama sama dengan umat ini.

Monday, February 1, 2010

ALLAH MAHA BERKUASA

TEMPAT DIKATAKAN NABI MUHAMMAD DILONTAR DENGAN BATU DI THAIF

Sesungguhnya tiada yang maha berkuasa selain dari Allah,bukan sahaja Allah maha berkuasa malahan Allah juga maha memelihara,lihat saje pada penciptaan anak penyu yang menetas didalam pasir sejurus menetas terus menuju ke lautan sedang tiada siapa yang mengajar penyu penyu ini.Semua makhluk telah Allah sediakan rezeki sebelum di turunkan ke bumi.Cicak yang hanya merayap didinding Allah bagi rezeki dari serangga yang bersayap,kucing yang di darat dapat makan rezeki ikan yang berada di laut.Allah maha melihat dan penglihatan Allah maha hebat sehingga apa yang ada dalam hati manusia juga dilihat oleh Allah,Allah maha mendengar jutaan manusia berdoa dengan menggunakan ribuan bahasa semua didengar oleh Allah..Allah boleh buat setiap titik hujan sebesar buah kelapa tetapi Allah maha mengasihani bukan sahaja hujan turun secara rintik yang kecil bahkan setiap titik hujan itu bersamanya adalah malaikat yang menurunkan rahmat.Setiap kejadian alam sebenarnya Allah nak tunjukkan kebesarannya..selain daripada kita belajar ilmu dari tok guru atau mana mana kuliah agama sebenarnya melihat kejadian Alam ini adalah satu ilmu juga yang sering kita lupa