Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Sunday, February 7, 2010

SEDIHNYA TENGOK

Sewaktu berada di wilayah pergunungan di Daerah Sherpur Bangladesh aku "kagum" melihat kegigihan mubaligh mubaligh kristian yang berasaskan pergerakan NGO yang bergerak dari rumah rumah.Mereka sanggup berjalan kaki beratus  kilometer untuk menemui manusia yang ada dikawasan pergunungan dikawasan ini.Dengan dibantu oleh jurubahasa tempatan mereka akan mengumpulkan terutamannya orang orang perempuan dan  memberi ceramah.Ceramah mereka lebih berkisar tentang pentingnya orang orang perempuan keluar dari rumah untuk berkerja.sesiapa yang menganggotai NGO tersebut juga selain diberi peluang perkerjaan mereka juga akan diberikan pinjaman wang,dimana dengan wang tersebut mereka boleh menukar rumah asal mereka yang diperbuat dari tanah liat ke rumah rumah yang diperbuat dari zink.
Mereka juga akan diberi pinjaman untuk membeli televisyen dimana sekarang menjadi kegilaan warga untuk menonton siaran siaran tv.Golongan wanita yang berkerja akan diberi upah yang agak tinggi diceritakan mereka tidak dibenarkan sembahyang ..wallahualam..sedih juga melihat keadaan begitu...walaupun aku berbeza keturunan,kulit,kebudayaan dan segala galanya berbeza...mereka tetap orang islam yang sama kalimah dengan aku..Yang aku nak sampaikan kat sini...mereka datang dari jauh..USA,Eropah..kenapa mereka tak guna internet je..atau masuk siaran TV je..untuk berdakwah..lagi senang...atau buat forum perdana je.

Sebenarnya faktor kejayaan mereka ialah..MEREKA TELAH GUNAKAN CARA SUNAH NABI MUHAMMAD SAW...jumpa manusia dari rumah ke rumah ,lorong ke lorong..korban masa dan diri mereka...kita kata mereka ini kuat sebab mereka dapat fund yang besar untuk menampung aktiviti mubaligh mereka..tetapi kalau kita dapat fund yang sama mahu ke kita korbankan masa dan diri kita bertahun tahun di wilayah pedalaman Bangladesh nie...yang waktu aku rebus ubi pun diorang pelik kerana sebelum nie mereka cuma makan ubi mentah je..mereka berhabisan dalam buat kerja kerja batil...ada perempuan membotakkan kepala kerana tidak mahu membuang waktu dalam penjagaan rambut..

Aku doa semuga Allah bagi taufik dan hidayah kat seluruh umat islam agar bangkitkan umat ini atas kerja mengajak manusia kebaikkan dan mencegah manusia dari kemunkaran dengan cara yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw..hanya bila kita bangkit dengan kerja dakwah pertolongan Allah akan bersama sama dengan umat ini.

No comments: