Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Sunday, July 25, 2010

PERJALANAN ROHANI

Kita ini terdiri dari jasad dan roh.setiap hari kita sering memikirkan apakah yang terbaik untuk jasad kita,makanan yang terbaik,kediaman yang terbaik,gaji atau perniagaan yang menguntungkan,Pasangan yang tercantik,Tubuh yang sehat langsing.Bak kata pepatah young, rich and popular.Untuk mencari kejayaan jasad kita telah megorbankan seluruh masa,diri dan harta kitaTetapi persoalannya disini apakah semuanya ini bernilai sekiranya roh kita Allah cabut keluar..berapakan nilai tubuh jasad seorang yang kaya sedangkan jasadnya terbujur kaku tanpa nyawa,berapa cantikkah tubuh kita sedangkan  jasad kita kaku dan sedang menunggu untuk dimandikan,bertapa hebatkah nama kita yang digelar dengan bergabai panggilan kerhormat sedang tubuh kita sedang dimasukkan ke dalam liang lahad yang mana ulat ulat sedang menunggu untuk meratah daging segar di tubuh kita.Berapakah nilai diri seorang yang dianggap berilmu sedang tidak ada satu soalan yang ditanya oleh malaikat dapat dijawab dengan baik.SEMUA NYA TIDAK BERNILAI KERANA YANG BERNILAI KETIKA ITU HANYALAH IMAN DAN AMAL...

Oleh itu apa kata kita berhenti sebentar luangkan masa untuk mencari pula apakah yang terbaik untuk roh supaya apabila roh kita ditarik keluar kita dah buat bekalan yang terbaik sebagaimana telah kita usahakan yang terbaik buat jasad..Apakah yang penting buat roh..tidak lain dan tidak bukan ialah iman..apakah iman Yakin sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa selain dari Allah tak boleh buat apa apa...dan yang ke 2 yang diperlukan oleh roh adalah amal segala perintah dari Allah sebagaimana yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammmad saw..sesiapa yang buat amal tidak cara Nabi pasti ianya akan tertolak..dan tidak dikira. ibadat,muamalat,musyarat  dan akhlak semuanya harus mencontohi Rasulullah saw.

Hari ini bermulalah perjalanan aku untuk memperbaiki iman memperbaiki amal,sahsiah,akhlak mudah mudahan aku dapat sifat yang ada pada sahabat Nabi yang mana bukan sahaja untuk yakin kepada janji janji Allah untuk mendapat syurga tetapi yang penting untuk mendapat keredaan dariNya..Ampunkan aku yang banyak buat dosa,sering menyinggung perasaan dengan perkataan dan perbuatan...aku manusia biasa...aku minta ampun dengan Allah juga agar merahmati semua yang menjadi kenalan aku dan seluruh umat Nabi Muhammad..kalau dalam perjalanan ini Allah ambil nyawa aku..halalkan makan dan minum..dan semuga aku mati dalam keadaan roh aku mendapat keradaan darinya..roh aku telah aku usahakan mendapat yang terbaik..mudahkan agar roh aku keluar dari jasad dengan tenang dan aman...roh aku ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.untuk ibubapa,isteri dan anak anak aku aku hadiahkan segala amal yang aku lakukan seandainya diterima oleh Allah kepada mereka sebagai ganti peluh keringat mereka melayan kerenah aku.dan seandainya aku mati kuburkan aku dimana tempat aku berada..kerana di mana mana pun tetap bumi Allah...Wallualam

Tuesday, July 20, 2010

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Sebelum nak masuk ke simpang Kuala Kubu Bahru dari Tanjung Malim ternampak aku satu signboard yang tertera Pertanian itu adalah perniagaan gambarnya memaparkan seorang pakcik yang memperlihatkan dibelakangnya kebun tomato yang berbuah lebat.Dalam hati fikir bila aka nak jadi macampakcik nie.Aku selalu baca buku Think and Grow rich(Napoleon Hill) bah kan buku nie jadi bacaan sewaktu aku memerlukan motivasi..Untuk berjaya jangan lihat apa kapasiti yang kita ada..modal,keupayaan dan sebagainya kita tolak tepi dulu yang penting..tanamkan benih keinginan (burning desire) nanti satu saat semua tu akan terhasil dari sumber sumber yang kita tak percaya dari mana datang nya modal,keupayaan dan lain lain.tapi kena belajar macamana nak gerak kan pancaindera yang ke 6(nak tahu ni kena buat satu kursus hahahha)..
Tapi memang betul kalau ada keinginan yang tinggi di sisi Allah tiada apa yang mustahil..kalau Allah boleh keluarkan anak ayam dari telur yang mati setakat nak relisasikan matlamat aku nak jadi usahawan tani tu pekara kecil bagi Allah.Sewaktu aku keluar jemaah 3 hari bersama isteri di bukit beruntong aku dikenali dgn saudara fitri yang memang dah buat penanaman cili secara kecil kecilan..diwaktu juga timbul niat kenapa tak aku buat usaha sama supaya penanaman cili tu dapat diperbesarkan.Bermula dari detik tu perbincangan telah dibuat dan sekarang dah 2 tahun juga aku jadi petani moden...cuma muka aku belum lagi ditampalkan kat poster besar kat tepi jalan tu..tetapi boleh juga berbangga bila projek ni pernah masuk rancangan Nasi lemak kopi O tv 9 bersama dengan Aziz Desa dan juga dapat anugerah petani berjaya kawasan hulu selangor.Tempoh 2 tahun nie menunjukkan aku betul betul hijau ladi dalam bidang pertanian tetapi insyallah kalau dulu aku jalan 'sorang sorang' tetapi sekarang usaha aku dah dapat perhatian dari tekun,peladang fama dan lain lain agensi pertanian dari kerajaan.

Jadi pembaca blog aku doakan kan le semuga usaha akhirat dan dunia yang aku buat nie mendatangkan manfaat kepada ramai manusia..bukan setakat nak mencari kekayaan diri sendiri tetapi aku teringat pesanan denaihati bahawa hidup ini untuk memberi.

Monday, July 12, 2010

MATI

Setiap dari kita mempunyai banyak keinginan,dan untuk memenuhi keinginan kita tu terpaksalah kita mengorbankan masa,diri dan harta kita.Untuk memdapatkan rumah bunglow besar,kereta mewah dan kehidupan yang boleh beli apa sahaja(kebebasan kewangan) je kita sanggup kerja siang dan malam.Pagi pagi dah keluar dari rumah dan balik lewat lewat  malam.anak anak ditinggalkan dengan pembantu pembantu atau di sekolah tadika kerana suami isteri berkerja.Tak salah pun kuat bekerja sampai jadi kaya raya..jutawan..billionaire..sila lah..cuma sekadar untuk renungan 
Tapi pernah tak kita terfikir kita selalu buat rumah yang kita tak sempat untuk menikmati setiap inci dari ruang yang dibina,beli kereta yang tak sempat nak pandu,beli pakaian yang tak sempat nak pakai dan beli makanan yang sebahagian dari makanan tu nak di buang dalam tong sampah.Untuk menegecapi kenikmatan dunia yang kita kejar kejar nie sebenarnya takde pun satu kenikmatan yang melebihi dari sejengkal contohnya kalau kita makan apabila melepasi anak tekak semua makanan akan akan kehilangan rasanya..Tiada satu nikmat pun yang akan kekal..rumah yang dibina lepas beberapa tahun kita dapati dah tak cantik lagi dan perlu diubahsuai,pakaian yang dibeli dengan harga ribuan ringgit selepas beberapa bulan sudah dianggap ketingglan zaman.
Maknanya semua pegorbanan untuk dapatkan keinginan dunia kita tu sia sia je..kerana tidak ada satu pun keinginan kita akan sempurna.Kita tak mahu sakit tetap Allah akan bagi sakit.kita tak mahu tua ..minum lah apa vitamin pun ianya hanya cuma mampu untuk memperlahankan ketuaan tapi kita tetap akan tua..kita tak mahu mati ..usaha lah hingga masuk kedalam kebuk oksigen makan herba yang terbaik..tapi kita tetap akan mati.
Sebenarnya Allah yang mencipta manusia..Dialah yang maha mengetahui ..Allah dah buat keputusan bahawa kejayaan manusia dalam memenuhi semua keinginannya hanya berlaku dalam syurga Allah .Tempat yang tiada kesakitan,tidak pernah tua dan tugas malaikat maut telah ditamatkan perkhidmatannya.Oleh itu di Dunia nie yang kita nak usahakan hanyalah keperluan kita sahaja dan selebihnya kita gunakan untuk memenuhkan keinginana Allah.Keinginan Allah senang jer ..Allah nak tengok kita taat kepada perintah Dia..caranya bagaimana?ikut je cara cara yang telah ditunjuki oleh Nabi Muhammad.sebab tu selama Nabi Muhammad hidup seluruh kehidupannya telah digunakan untuk memenuhi keinginan Allah seluruh keinginan beliau dan seluruh keluarganya telah dikorbankan (Rujuk lah sirah Nabi). Kalau kita dapat semua keinginan kita pun bila nyawa terputus dari jasad..semuanya akan berpindah ke tangan orang lain..waktu jenazah kita diangkat masuk ke dalam rumah je pun takde siapa yang mahu tidur disebelah kita..anak anak isteri hanya akan memerhati dari jauh je..mana isteri kita yang kita cintai..anak anak yang kita kasihi..harta harta yang kita berhempas pulak..semua tak membantu..
Isteri kita atau suami kita berhak untuk menikah lain selepas kematian kita...maknanya rumah yang kita bina dengan hebat ada orang lain yang sedang menikmati dengan percuma,kereta mewah yang kita beli dengan berhempas pulas tu juga sedang dibawa oleh orang lain termasuk isteri kita juga sudah diambil orang..kita kat mana dalam kubur sedang menjadi sajian kepada ulat ulat tanah.

Memang sukar nak faham apa yang aku catat diatas sebab pasti nanti dikecam sebagai orang yang kufur nikmat dunia..tapi itu cuma pandangan aku yang serba jahil nie.Kalau ada kebaikkan dari entri nie semuga kita dapat amal dan sampaikan

Thursday, July 8, 2010

(Surat dari suami yang sedang keluar jalan Allah)



Hari ini aku pergi,
meninggalkan kamu,
meninggalkan anak anak kita
meninggalkan rumah yang penuh kenangan,

Hari ini aku pergi,
kerana perintah dari Dzat
Yang telah menancapkan
Getaran di hatiku..
Ketika aku menatapmu
Di sat malam pertama kita.

Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku berjumpa
dalam keadaan islam

Jika esok
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau tak dapati aku disisimu
maka cepatlah bertahmid!!!!
alhamdulilah

Kenapa?
Bukankah Ummul Mu'minin Aishah rha
merasa tenang hidup bersama rasulullah kekasih Allah
maka Rasullullah berkata
"Orang yang paling bahagia adalah orang
yang suaminya keluar ke jalan Allah
kerana...Dia bukan hidup dengan kekasih Allah
tetapi hidup bersama Allah"

jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tak ada canda ceria
seperti hari sebelumnya

Maka..
bayangkan oleh mu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur..

Tetapi
Mereka tetap katakan
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah rumah diseluruh
alam penuh dengab nur Iman

jika esok tak ada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan,seperti yang biasa dilakukan
Yakinlah isteriku
allah akan memberi suapan kepadamu,
Hidangan memiliki 70 rasa di jannah
yang tiada kekotoran dan yang jijik.
bahkan mengeluarkan keringat melebihi kasturi.

Jika esok ...Musibah,ujian
Dan sejuta masalah yang datang dalam kehidupan tanpa aku..
Lihat le kedalam hati mu..kemana kamu berlari?

Saatitu Allah ingin lihat iman mu
yang hari hari bergantung kepadaku..

Segeralah berwuduk,segeralah bersolat...!
Adukan urusanmu kepada Robb mu
kau akan bahagia,di dunia yang sementara dan akhirat yang selamanya.

jika esok
kau pandang rumah tetangga kita suara tawa keceriaan
terdengar disana sini.
Suami mereka selalu dirumah,tidak pernah khuruj fii sabililah
jangan kamu iri..!!!kamu justru harus rasa belas kasihan..

kerana
mereka sedang membina tangisan dan permusuhan
dirumah mereka...

ketahuilah bahawa setiap orang,membangunkan rumahtangga

hakikatnya..
mereka membangunkan tempat menangis..

dirumah mereka akan datang malaikat maut..
menjemput setiap nyawa yg ada,tanpa belas kasihan..

Walau pun mereka kata jangan ambil isteri atau anak ku...!!
Tak ada tebusansedikit pun,dan tidak tertangguh walau sesaat.

saat itulah suami mereka akan menyesal,
salahkan semua ahli keluarganya

Ya Allah ..!!
Aku sibuk sebab mahu memenuhi hajat isteriku
sehingga lupa persediaan mati..

aku lalai dalam amal amal ku,aku tinggalkan kerja nabi yang mulia,aku tinggalkan semua sunnah,aku asyik makan minum
bersama anak isteriku..

isteri dan anak anak pula berkata
Wahai suami ku..!!
Mana tanggungjawab mu??
kau tak pernah mengajar kami mengenali Robb yang satu
kau tidak pernah menyiramhati kami dengan Nur Iman
kau tak isi buku catatan kami dengan catitan amal...

Ketahuilah isteriku
bahwa setiap amal suami
merupakan tabungan isteri.
Sebab itu aku harus pergi Di jalan Allah..
untuk membuang cinta dunia..

percayalah..!!!
walau pun aku yang maju
dihadapan musuh

Tetapi kamu yang terlebih dahulu
Dibukakan pintu syurga oleh malaikat ridwan as.

kamu akan menunggu 500 tahun
berhias didepan cermin emas
dan kamu kan menjadi ratu kepada 70 000 bidadari..
dan malaikat..

tahukah kamu..!!!
kecantikkan bidadari 70000 kali lebih cantik dari
wanita yang paling hebat di dunia.

Sedangkan engkau wahai isteriku
kecantikkan kamu 70 kali lebih hebat dari bidadari...
bagaimana akan terkesan dengan yang lain selainmu?

hari pertama kita berjumpa
perjumpaan ini akan kekal abadi,
terus tertawa tiada sedih
sehat tiada sakit
kaya dan tiada miskin
kamu sangat mengkagumkan sehingga aku terkesima puluhan tahun memandangmu..



Thursday, July 1, 2010

Terfikir ke kita?

Azan dilaungkan dengan suara yang lantang menyebut nama kebesaran Allah..ramai yang tak ambil peduli...4 kali di ulang..nak nafikan 4 unsur tanah, air, api dan angin sumber asal yang kita usahakan siang dan malam nie tak boleh bagi apa apa bekas tanpa izin dari Allah.Kita biarkan azan belalu tanpa rasa bersalah untuk mencari dimanakan suara azan tadi..kemudian berwuduk kita untuk mencuci segala kotoran dosa yang telah kita lakukan antara waktu solat..dan kemudian nak bersujud nak cecahkan dahi kita yang hina ini ketanah hingga lebih rendah dari tumit tapak kaki...untuk merasa kita memang hina banyak buat dosa..

kalau terkena najis kucing segera kita akan mencuci..tapi dosa kita memperkecilkan Allah tidak kita kisahkan..memanglah kita tak kata begitu,memang lah kita sering zikirkan Allah yang berkuasa dalam zikir Allahuakhbar ,atau subhanallah..tapi bila nama kekasih kita disebut dalam Azan..kekasih yang akan memberi kejayaan dunia akhirat..kekasih yang akan memasukkan manfaat dalam pangkat,harta,duit,rumah,anak isteri dan segalanya..kerana kalau dia tidak mengizinkan pangkat, darjat,harta anak isteri bukan bawa manfaat tapi akan membawa kesengsaraan dan yang paling penting kekasih yang akan menyelamatkan kita dialam yang lebih panjang kubur ,masyar mizan,dan dimasukkan ke syurga atas rahmatnya tidak kita endahkan...leka kita dengan pekerjaan,perniagaan,keluarga harta benda yang syaitan kata nie jihad juga ..jihad ekonomi,bagi makan anak anak...nie lagi penting dan kita tergoda dengan bisikan syaitan dan iblis nie.

Percayalah seandainya semua orang islam yang lelaki dan akil baligh sembahyang dimana azan diazankan,semua wanita yang suci sembahyang awal waktu Allah akan tukar suasana maksiat kebatilan nie kepada suasana agama,dunia ni akan menyembah dikaki orang islam..orang yahudi akan menjadi hamba orang islam..nak datang kepada sembayang cara begini kita tidak perlu kepada ekonomi,tidak perlu kepada negara ,tidak perlu pada apa apa..sebab tu nabi ajarkan kita dimana mana dalam apa kedaan pun kita mesti bersolat..  yang kita perlukan adalah taufik dan hidayat dari Allah.

Jadi kenapa masyarakat jadi begini semakin banyak orang hadir ke kuliah agama semakin jahil masyarakat tentang agama..buktinya lihat sahaja di dada akhbar apakah berita yang dipaparkan?..Ilmu yang banyak belum dapat menjamin amal dilaksanakan kerana amal hanya akan dapat dilaksanakan bila adanya taufik dan hidayat dari Allah..bukan sebab ilmu,masa,wang dan sebagainya dan sedikit keinginan juga penting.Oleh sebab itu 4 usaha ini perlu kita lakukan sebagai asbab untuk menarik hidayah yang kita mintak dalam surah Al fatihah yang kita baca 17 kali sehari."Tunjukkan lah aku jalan yang lurus,atas jalan jalan jalan yang orang orang yang telah Kau beri kejayaan".Siapakah yang telah berjaya Rasul,nabi,anbia,syuhada ..mereka telah bangun atas 4 usaha penting nie..jadi nabi dah takde marilah kita belajar buat kerja anbia nie supaya hidayat akan turun dari Allah untuk selamat kan iman kita..bukan nak betulkan orang.

1)Setiap hari keluar dari rumah untuk pernigaan atau pekerjaan niat aku nak jumpa manusia nak cerita tentang kebesaran Allah,kehebatan kekasih kita..tak mampu jumpa orang kafir jumpa orang islam cerita lagi tentang kubur,masyar..nikmat syurga dan sebagainya.
2)Buat kerja agama jangan nak harapkan dunia..ambil untuk keperluan tak salah tapi kalau kita mengharap dengan kerja agama,jadi ustaz jadi penceramah dan jadi kaya dengan hasil tersebut..walluhualam..no komen yang pasti itu bukan tertib hidayat.
3)Setiap hari mesti nak maaf kan orang,jangan ada sekuman pun benci atau dendam dengan sapa sapa..sangka baik dengan semua saudara kita kalau dia berbuat salah istigfarkan bagi pihak dia..dan doa untuk dia supaya Allah bagi hidayat..bukan benci maki hamun..apatah kafirkan orang tu..mungkin dia mati kedaannya lebih baik dari kita..mana tahu?
4)Berkorban masa,diri,harta perasaan hatta nyawa untuk agama.Asas kepada agama adalah pegorbanan..untuk anak isteri yang hanya akan lihat jenazah kita dari jauh je tu pun kita berkorban bagaikan nak mati,nak mempertahankan harta benda ,perniagaan sanggup kita buat apa saja..untuk agama..untuk Allah hanya kita bagi duit yang tersisa,umur yang dah mati,tenaga yang sedang terlantar kemudian kita nak mintak syurga dengan Allah...sepatutnya kita malu dengan Allah...

Untuk kita lakukan pegorbanan untuk agama ni pun perlu ada ilmunya berkorban nie bukan sekadar sedekah kat tabung masjid..jadi tanyalah dengan mereka yang dah bangun atas 4 usaha ni..walau pun mereka bukan ustaz tetapi nak bangun atas 4 kerja diatas ni pun bukan dengan ilmu..tapi dengan taufik dan hidayat dari Allah..jadi marilah kita angkat tangan..keluarkan airmata kita untuk Allah supaya saya dipilih oleh Allah untuk buat 4 pekerjaan yang mana seluruh anbia telah berjaya..sahabat sahabat nabi juga telah di iktiraf kejayaan mereka sehingga 10 orang telah dijamin masuk ke syurga sewaktu mereka hidup lagi kerana mereka telah bangun atas kerja yang 4 tadi..kita seba lemah..dosa pun banyak..kita mengadulah kepada Allah.Dia yang mahu mendengar,maha mengetahui..hanya Dia yang akan bantu kita..harap kita minta kita hanya dengan Dia..

Kesan dari 4 kerja ini amatlah besar:-
1)Bantuan Allah akan bersama kita.
2)Nikmat dalam amal akan datang...sembahyang,baca quran,zikir akan jadi sesuatu yang amat seronok.
3)Hidup rasa tenang tak beserabut kepala ..jiwa tak kacau..
4)Kerberkatan akan datang dalam hidup semua yang Allah bagi akan beri manfaat..anak isteri harta ,pangkat darjat.

 dan banyak lagi sebenarnya..dan berapa kah harga untuk kita beli supaya dapat ketenangan..jawapannya takde sorang makhluk pun  yang boleh bagi ketengan ,kebahagiaan dan kejayaan..semua tu hanya akan kita raih dengan kerja yang 4 tu..bila kita cari kejayaan ,ketenangan dan kebahagiaan dengan cara yang lain pasti dan pasti kita tak akan ketemui..bukan kah selama ini kita dah usaha cari kebahagiaan dengan duit,harta benda,pangkat dan darjat..jumpa ke?pasti dan pasti tak akan kita ketemui malahan hidup kita tambah berserabut..nak buka pintu perlu ada kunci..bukan sekadar kunci yang paling penting yelah kunci yang betul..kunci almari pakaian tak boleh hidup kan enjin kereta kita...jadi perkerjaan 4 tadilah kinci yang betul utk menyelesaikan semua masalah hidup kita ini.

Kerana 4 kerja inilah quran telah diturunkan 6000 lebih ayat..ribuan hadis dari Nabi Muhammah saw..dan inilah pekerjaan asas nabi selama 23 tahun dengan susah payah untuk pekara hidayat..yang nabi risau tentang umat.Nabi tahu dan faham berhentinya kerja agama ini maka berhentilah hidayat..dengan tiada hidayat berhentilah manusia dari menyembah Allah..dan seandainya tiada lagi manusia yang beriman atau yang menyebut Allah..kiamat lah dunia ini.

Wallhualam...Saya minta maaf kepada pembaca..saya yang cakap nie pun belum dapat amal...doakan saya yang serba lemah nie...