Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Sunday, June 27, 2010

Aku pun confuis...confius

Aku pun tengah confuis(confius) samada melihat adegan nie aku nak sedih ke nak ketawa...Peristiwa nie berlaku sewaktu kawasan kejiranan aku buat family day...jadi macam macam acara le diadakan.Ada acara sukaneka dan pameran dari pihak polis.Dan tidak ketinggalan gerai gerai jualan.Anak anak aku buat hal sendiri le ramai kawan kawan baru kat situ,kebetulan program dibuat di tapak kawasan taman permainan kanak kanak.

Aku pun meronda ronda cari gang,maklum le baru pindah jadi gang tak banyak,sedang aku merayau rayau aku ternampak le seorang peniaga menjual belon gas..kebetulan memang aku duduk dekat dengan gerai jualan tu...dari tadi dia sampai sibuk betul dia megepam belon satu demi satu sehingga aku rasa dalam masa sejam lebih daripada 40 atau 50 belon telah di pam.Ramai juga yang membeli..biasa le budak2 suka belon yang macam macam rupa..tak lama kemudian datang seorang brother datang dengan anak nya..sambil brother tu mendongak melihat lihat belon mana yang nak dibeli agaknya..tiba tiba semua belon tu telah terbang ke atas ada yang dibawa angin dan ada yang tersangkut di pokok.


Aku tengok brother yang jual belon tu terjerit jerit juga nak selamatkan belon dia yang semuanya telah terbang..aku pelik juga apa hal ni...rupa rupanya semasa brother yang nak beli belon tu leka tengok belon..anak lelaki yang dia bawa tu, telah nampak gunting atas meja dan terus mengunting ikatan belon yang memang telah tersedia terikat secara rumpunan yang mengandungi semua belon yang telah siap di pam..
Kesian aku tengok brother yang dah hilang belon tu dan yang paling kesian brother yang anak dia gunting tali belon tu...muka dia dah merah padam..tak tahu nak marah sapa...lepas kejadian tu aku pun blahsebab aku tahu mesti brother tu kena bayar gantirugi kehilangan belon belon tu...arggg rugi

Thursday, June 24, 2010

Jangan Bagi Tahu Orang yea

Korang tahu tak bahawa manusia di cipta sebaik baik kejadian ..tiada makhluk sebaik manusia malahan lebih baik dari malaikat..apabila manusia dicipta oleh Allah .Golongan adam akan mengeluarkan 60 juta sel telur dan hawa mengeluarkan 25 juta sel telur..dan apabila digabungkan hanya beberapa sperm terpilih dari puluhan juta sperm.Maknanya kita kita yang dah lahir nie adalah yg terbaik..kemudian Allah telah bagi 5 deria .

Telinga sahaja Allah telah cipta 24 juta saraf untuk membolehkan kita mendengar dengan sempurna.Mata juga Allah telah mencipta 100 juta saraf untuk memastikan mata kita kita boleh melihat secara sempurna ,bukan sekadar melihat objek bahkan boleh melihat warna dan melihat secara horizontal dan vertical.200 jenis tulang telah dibina oleh allah yang membolehkan kita mengawal pergerakan dan menegakkan tulang belakang.Jika di saluran darah di badan kita nie kalau dicantum dan diluruskan jangan terperanjat panjangnya hampir 90 ribu kilometer.Dimana semua ni Allah cipta atas satu maksud..seperti firman allah "Tidak aku ciptakan jin dan manusia semata mata untuk beribadat" Allah ciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ni dengan maksud untuk mengajak manusia kepada kebaikkan dan mencegah manusia dari perbuatan munkar.

Bukan nak cari salah sesiapa semua nikmat nie telah kita salah gunakan ..mata telah kita gunakan untuk melihat maksiat,mulut telah gunakan untuk mengumpat dan mengeji,siapa kita nak hukum orang ,kita sibuk kata orang itu dan ini makan rasuah tetapi kita yang tak makan rasuah nie memang kita benar benar beriman  atau pun kita tidak berpeluang untuk buat makan rasuah tersebuat,.Telinga pulak kita gunakan untuk mendengar umpatan dan kejian seolah olah tanpa umpatan dan kejian tidak rasa terhibur pulak..jadi mana mana majlis yg ada umpatan dan kejian jauh lebih ramai dari majlis yang nak membesarkan Allah.Kita sibuk nak menghalang yahudi di negara israel tetapi bagaimana yahudi yang ada dalam hati kita,yahudi yang ada dalam rumah rumah kita..sistem yahudi juga telah kita gunakan dalam semua aspek kehidupan kita.

Kalau kipas syiling yang pasang disyiling tidak berfungsi kita akan ambil keputusan untuk dicabut dari syiling dan dilontarkan dalam tong sampah kerana kipas tu dah jadi maksud sebenar kita beli kipas tu..jadi kalau manusia tak jadi maksud seperti yang Allah cipta  nak ibadat kepada allah kita tak mau,kita sibuk jer dengan urusan dunia...bila azan kita masih teruskan kerja dunia kita..walaupun kita kata yakin dengan Allah tapi perbuatan kita tidak hiraukan azan menandakan kita tak yakin dengan Allah kita lebih yakin dengan perniagaan,pangkat dan perkerjaan kita...jadi tidak hairan lah bila kita mati nanti kita gagal jadi hamba Allah yang baik dan akan dilontar ke dalam neraka nauzubillah.Tetapi kalau di dunia nie kita jadi maksud sebenar kita hidup bukan sahaja kita dapat manfaat dari agama malahan persekitaran kita juga dapat kebaikkan...saya pun meminta maaf kepada pembaca dan minta ampun kepada Allah saya yang bercakap nie saya belum amal wallahualam

Friday, June 18, 2010

Berkatnya bumi thaif

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif

Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w.,

Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.

                                      Buah terung di thaif yang sama besar dengan kepala aku
 
Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan: “Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?”Kata seorang lagi sambil ketawa: “Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?”Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: “Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau.”
Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun. Selepas meninggalkan  pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usahaBaginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik,mengejek,mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:

                   Buah labu yang boleh makan sekampung aku rasa beratnya hampir 10 kg
 
” Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”
Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata:Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu.”
Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:”Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini.”
Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:”Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya.”
Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.

Awas 8 pekara yang merbahaya

"Katakan wahai Muhammad jika bapa bapa kamu,anak anak kamu,saudara saudara kamu,isteri isteri(suami suami) kamu dan kaum keluarga kamu,dan hartabenda yg kamu usahakan dan perniagaan yg kamu bimbang akan merosot dan rumah rumah tempat tinggal yg kamu sukai (jika semua itu) menjadi pekara yang lebih kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan daripada berjihad di jalan Allah maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab siksanya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik(Durhaka) At Taubah 24

Mari kita perhatikan ayat ini..jelas dan terang Allah melarang kita memasukkan kecintaan kita kepada 8 pekara nie..Tetapi kita nie kan Makhluk yg lemah semua 8 pekara tu dah ada dalam hati kita..persekitaran kita hanya membincangkan macamana nak dapat 8 pekara tu..bagaimana nak kaya..yg kaya fikir lagi macamana nak tambah kaya.Akhirnya apa yg terjadi umat telah meletakkan 8 pekara itu sebagai maksud kehidupan,apabila mereka telah usaha atas 8 pekara tadi datang satu penyakit yg amat merbahaya iaitu merasa memiliki semua yg telah diusahakan.

Lihat rumah..mereka merasa memiliki rumah tersebut,rasa memiliki kereta,rasa memiliki isteri dan anak anak..ini tanda 8 pekara telah masuk dalam hati kita..bila kita rasa memiliki dalam masa yg sama kita akan takut kehilangan..dan apa yang dibuat ialah seluruh masa dan tenaga akan digunakan untuk mempertahankan semua yang dimiliki.akhirnya mereka lelah melihat bisnes yang diusahakan akhirnya bangkrap..atau bisnes nya maju tapi kehidupannya bercelaru..anak anak ,isteri semua bermasalah.atau pun  isteri yg kecewa memiliki suami yang curang atau pun kecewa juga bila suami yg setia meninggal dunia untuk selama lamanya.Sebab bila kita letakkan kejayaan kehidupan ini utk dapatkan 8 pekara diatas samada gagal atau berjaya kedua duanya menghasilkan keputusan yang sama iaitu KEMURKAAN ALLAH.

Sebab tu Allah dah ajar Nabi Ibrahim tinggalkan 8 pekara,bukan maknanya Nabi zalim dgn anak dan isteri tetapi ianya penting supaya Siti Hajar juga di tarbiah supaya keyakinan Siti Hajar hanya kepada Allah..Allah yang menghidupkan dan mematikan,yg memberi kebaikkan dan keburukkan yg memuliakan dan menghinakan semua datang dari Allah.Marilah kita insaf kalau lah seluruh para sahabat Nabi hanya melakukan ibadah di Mekah dan madinah..apa agaknya agama kita di Malaysia nie..Sahabat sahabat telah meninggalkan 8 pekara nie dan asbab pegorbanan mereka kita yang jauh ni juga telah dapat nikmat islam dan iman.

Dan sekarang Nabi Ibrahim dah takde..Nabi Muhammad juga dah lebih 1400 tinggalkan kita..para sahabat semua dah meninggal...kalau kita tak sambung kerja nie..kita leka hanya beribadat di masjid..tetapi di luar sana manusia mati tanpa kalimah seluruh umat islam akan bertanggujawab di depan Allah rabul jalil..dan hari nie ribuan manusia mati tanpa kalimah..kita kata takpe mereka orang kristian,mereka orang hindu,mereka orang itu dan ini tapi ketahuilah semua MEREKA JUGA UMAT MUHAMMAD..yang nabi waktu mahu wafat juga menyebut nama nama mereka..mereka juga perlu diselamatkan dari bakaran dan siksaan api neraka.

Wednesday, June 9, 2010

Dailog dgn Baby dalam kandungan

Aku:- Asalamualikum
Babyperut:-Walaikumsalam..
Aku:-Sehat nampak...apa kabo ..dah lama ke duduk kat sini..?
Babyperut:-Ahhh  sibuk tul le brother ni aku nak tdo...aku baru je nak masuk 2 bulan...
Aku:- Alaa sorry le beb..aku ganggu kejap...napa ko takde tangan ..mata..telinga ..kaki..
Babyperut:-Boleh le nak sembang..kejap je tau..abg tanya saya ker...tangan ..mata..telinga ..kaki..tak faham ler..
Aku:-Aikk ko tak tahu ker..oooo yea Allah belum jadikan lagi..mungkin dalam beberapa bulan lagi..
Babyperut:-Penting sangat ke benda tu bang..
Aku:-Penting ler..contohnya ..kalau takde mata kan susah nak melihat..
Babyperut:- Melihat tu apa bang?
Aku:-Kat dunia nanti Allah ciptakan macam2 benda ada pokok,gunung ganang,sungai,matahari,siang malam,   semua nie kau akan lihat gunakan mata..
Babyperut:-Tak berapa faham le bang ..dalam perut nie gelap jer..buat apa ada mata..takde mata pun saya ok jer skrg..takde tangan,kaki dan semua semua tu lah saya ok jer..ngarut betul le abg nie..
Babyperut:-Dahh le bang..dari abg mengarut baik abg balik jer..yang penting di ada tali usus yg sambung ke ibu saya pun dah cukup..ibu saya makan ..dgn tali usus ni pun saya dpt makan gak..dah lee nak apa lagi..
Aku:-Yelah...aku cakap jer..sebab kau tak faham ..kau hanya akan faham bila Allah pindah ko ke alam dunia..ok ok aku chow dulu..asalamualikum
Babyperut:-Waalaikumsalam bro...

Begitulah keadaan baby tu.tapi bila dia dilahirkan didunia baru dia sedar ooooo macam ni rupanya mata..tangan kaki.. nasib baik Allah bagi kalau tak susah aku kat dunia..walaupun aku rasa tak penting tetap Allah bagi secara percuma..begitu juga kita hidup di dunia nie..ada orang telah ketuk pintu rumah kita:

Aku:-Asalamualaikum bang kejayaan manusia hanya ada dalam agama ikut perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad kita tak lama lagi nak mati yang kita bawa hanya iman dan amal...
Babydunia:-Apa le korang nie tak abis abis dengan iman amal iman amal...org lain  tu takde iman ..semayang pun tak..elok jer bahagia..kaya raya keta beso rumah bunglow..si polan tu aku tengok semayang je tongang tonggek..papa kedana nak makan pun susah.korang yang bagi nasihat aku nie pun aku tengok susah sibuk nak nasihat orang.korang tak kerja ke..anak bini korang makan apa toksah nak nasihat nasihat ler.aku dulu belajar kat pondok le..korang nie sesat tau..dah dah jangan nak mengarut kat depan umah aku..baik korang berambus sebelum aku panggil polis...
Aku:-Terima kasih yea bang...sebenarnya apa yang saya cakap tadi betul tapi saya minta maaf kat abang saya yang salah cakap sebab saya tak tahu macamana nak cakap..saya minta maaf yea bang..

Samalah seperti babyperut tadi yang tak faham tentang faedah tangan mata,kaki dan lain lain..bila dia akan sedar bila dia berpindah alam dunia..begitu juga dgn iman dan amaldia akan sedar bila dia berpindah alam ..bila Allah matikan kita:-

Malaikat:-Asalamualaikum
Babynazak:-Walaikumsalam
Malaikat:-Den ni ha malaikat maut..den dtg nak ngambek ekau..dah sedio ko bolum?
Babynazak:-Alamak tolong jangan ambik sekarang..aku tak berapa sempat nak beramal,aku tak sempat mintak maaf dengan orang yg aku zalimi..aku tak sempat nak sedekah..aku tak sempat nak semayang..tolong le aku..aku merayu le kat ko.
Malaikat:-Tak dapek den nak nolong do..
Malaikat ambik nyawa..sakitnya Ya Allah sakit nye sakaratul maut nie..rasanya seperti kulit yang disiat semasa hidup hidup lagi..dan akhirnya kita mati..jasad dimasukkan dalam kubur..berlaku lagi dailog..

Malaikat:-Sapo namo tuhan ekau?
Babykubur:-Ha ha ha ...ni napa mulut aku tak boleh jawab nie..ha ha ha...aku tak tahu
Malaikat:-Ekau konal tak sapo gambaran orang yang ko lihat tadi(Wajah Nabi Muhammad)
Babykubur:-Aku tak kenal..maaf le sapa tadi aku tak kenal..aku tak kenal..

Diketika itu siksaannya yang amat pedih akan kita rasai kubur akan menghimpit kita hingga berceragah tulang tulang ...dan kita akan ditempatkan dilubang lubang neraka sehingga hari kiamat..dikatakan orang yang terakhir yang dimatikan pada hari kiamat nanti pun akan menetap di alam kubur selama 50 ribu tahun..dan ketika itu barulah kita terfikir benarlah hanya IMAN dan AMAL yang dapat selamatkan kita dari azab hari akhirat tetapi iman dan amal tidak diberi secara  percuma seperti baby mendapat tangan,mata kaki  bila lahir ke dunia kerana iman dan amal perlu diusahakan..MARILAH KITA USAHAKAN IMAN DAN AMAL KITA..Apakah tanda orang yang iman nya rosak..kalau kita dengar azan kita tak datang kepada perintah sembahyang utk membesarkan Allah dan lalai dengan kedai,pekerjaan dan lain lain..itu lah tanda iman sedang sakit dan perlu dirawat..caranya bagaimana rujuklah surah At Taubah ayat 24..Wallahualam

Wednesday, June 2, 2010

Banjir ooo banjir

Dunia sekarang sedang banjir..banjir dengan maksiat sehingga ramai yang telah lemas..sedang lemas dan akan lemas kerana air banjir sdg naik dan naik...yang hairan tu kita masih lagi berhimpun sambil berbincang di kawasan banjir tadi tentang kenapa boleh banjir..Ada yang kata mungkin hujan turun lebat sangat..ada yang kata ahhh mungkin longkang dan parit tersumbat..ada yg kata mungkin air di laut pasang sebab tu air dari sungai yang banjir nie tak boleh surut...dan pelbagai lagi ayat ayat yg disusun bagi menyatakan sebab dan alasan..sedangkan di depan kita orang orang sedang terpekik terlolong mau diselamatkan dari banjir yg sedang menengelami mereka..

Yang seharusnya kita itu kurangkan perbincangan..kurangkan cari salah siapa..yang perlu ketika itu kita mencampakkan pelampung...atau kita sendiri berenang kalau mampu ..yang penting usaha menyelamatkan orang yang lemas didepan kita perlu dibuat..sebab yang lemas nie anak anak kita ...saudara kita..adooouss zalim betullah kita kalau tengok orang lemas kita masih lagi nak berforum nak cari siapa salah ..dan kita claim pulak saya lah yg betul..

Begitulah keadaan umat hari nie yang sedang lemas dalam banjir maksiat..apakah pelambung yang boleh selamatkan kita ..tidak lain dan tidak bukan ..adalah agama..kalau agama boleh selamatkan kita di kubur yg panjangnya lebih daripada 50 ribu tahun..agama boleh selamatkan kita di hari akhirat maknanya agama juga boleh selamat kan kita di dunia yg amat amat sementara nie.Apakah makna agama ..bukan sembahyang ,puasa,zakat dan haji je..maksud agama adalah sunnah nabi yang meliputi seluruh kehidupan kita..renunglah berapa peratus kehidupan sunnah ada dalam diri kita selama kita hidup nie..jika takde sunnah maknanya kita belum beragama dgn sempurna...dan apa yg ada dlm kehidupan kita di akhirat nanti jika bekalan agama tidak dibawa.kita dah takde masa dah nie..kalau kita tak buat persiapan kita pun akan tenggelam dalam banjir nie..jom kita naik bahtera yang telah disediakan oleh Nabi Muhammad iaitu bahtera Quran dan Haddis pasti kita selamat...mudah mudahan apa yang aku cakap kat sini akulah yang pertama boleh amal...dan aku doakan kalian semuga Allah bagi taufik dan hidayat semoga dapat amal dan sampaikan..