Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Wednesday, September 15, 2010

PEMBUNUHAN KEJAM DAN CARA PENYELESAIAN

Salam buat teman teman semua..agak lama aku tak menulis dlm blog aku...perjalanan 40 hari sebelum lebaran telah bawa aku ke daerah di terengganu.Jemaah yang dibentuk di Masjid Sri Petaling ni dihantar kesana sama tertibnya bagaimana jemaah dihantar dari masjid Nabawi Madinah semasa zamana Nabi MuhammadSAW .Di zaman tersebut Nabi telah menghantar 150 jemaah keluar kawasan Madinah.Dengan Nabi menghantar jemaah ini agama Islam telah tersebar ke seluruh dunia.Kalau lah Nabi dan Sahabat hanya beribadat di Mekah dan Madinah entah pokok atau berhala mana yang kita sembah sekarang ni.

Sebab tu 124 ribu sahabat yang berada di padang arafah semasa haji widak Nabi hanya 10 ribu sahaja perkuburan sahabat yang berada di Mekah dan Madinah selebihnya kubur mereka bertebaran di seluruh alam..seperti Hazrat Mohaamad bin kassim berada di India,hazrat saad dan Abdullah bahily di China,hazrat bilal di Damsyik.Mereka telah meninggalkan anak isteri dan lebih menyayatkan hati mereka sanggup meninggalkan Nabi Muhammad yang amat mereka kasihi lebih dari nyawa mereka.
Hari nie bila ada orang ingin melakukan pekara yang sama,tertib yang sama telah dituduh sebagai itu dan ini..ada yang dituduh tidak bertanggujawab kerana biarkan anak dan isteri tanpa nafkah zahir dan batin..tetapi apakah hukum yang nak kita hukumkan pada sahabat sahabat ini bukan sahaja meninggalkan anak isteri 4 bulan atau 40 hari malahan seumur hidup..adakah kita nak hukumkan sahabat nie tak bertanggujawab dengan keluarga.Adakah bila Hazrat Abu bakar menginfakkan seluruh harta benda dalam peperangan tabuk sedang Abu bakar masih menpunyai keluarga dianggap Abu Bakar orang yang tidak tahu hukum hakam.Begitu juga Nabi Ibrahim telah meninggalkan Nabi Ismail dan isterinya selama 13 tahun dipadang pasir yang tandus yang tiada asabab kehidupan.Kadang kadang terkeluar juga dari percakapan aku...kalau betul le ada orang mati tak makan bila suami dia keluar jalan Allah tolong le tunjukkan aku mana kubur orang yang mati tak makan tu..atau sekadar kita menjaja cerita cerita yang kita tidak pasti kebenarannya.Kalau pun ada orang yang susah sebab ditinggalkan sebab anak atau suaminya keluar jalan Allah kenapa kita tidak membantu.

Perasan atau tidak semua orang usaha kan agama masing masing.orang kristian sanggup hidup didalam hutan di kawasan pedalaman afrika hanya untuk bawa agama kristian ,begitu juga dengan agama budhha..mundar mandir le sami sami mereka yang berbaju oren kesana kesini kadang kadang tak berkasut pun.untuk usahakan agama mereka mereka telah keluar ke hujung hujung dunia..berjalan dari rumah ke rumah ..kampung ke kampung..bandar ke bandar..negara ke negara..bukan kah ini yang Nabi ajar kepada umat islam tetapi mereka yang telah contohi sebab tu tak heran le dari 7 billion penduduk dunia yang beraga Islam hanya 1.5 billion sahaja.Sebab orang islam tidak mahu bergerak mereka hanya fokus tetang ibadat sahaja ,sembahyang puasa baca quran dan zikir sedangkan kerja dakwah mereka tinggalkan.Sebab tu bila kita baca quran tak banyak cerita ibadat ibadat yang di buat oleh para rasul yang ada hanya cerita kerja dakwah yang di buat oleh para nabi dan rasul..cerita Nabi Musa dakwahkan Firaun..cerita Nabi Ibrahim dakwah kan Namrud dan sebagainya.Ini memebuktikan bahawa kerja dakwah mengajak manusia kepada Allah amat amat penting.Hari nie banyak ustaz yang mengajar di masjid masjid dan mendakwa kerja dakwah dah selesai..aku tak berapa pandai belajar agama pun tak tinggi tapi ketahui lah kerja dakwah cara nabi ada beberapa sifat antaranya:-
1)Mesti kita nak keluar jumpa manusia..Nabi keluar dari Gua Hira jumpa dengan orang kafir quraish,Nabi Musa Allah perintah jumpa dengan Firaun begitu juga dengan Nabi Ibrahim..maknanya kita kena keluar dari masjid untuk jumpa yang orang yang tak datang masjid.barulah ada kerja..kalau sekadar mengajar dalam masjid maknanya kerja dakwah masih belum selesai ..itu namanya taklim wal taklum(belajar dan mengajar).
2)Mesti buat kerja dakwah tidak berhajat pun kepada dunia..tak mengharap upah,gelaran dan jawatan.Kalau nak ambil upah pun sekadar keperluan bukan untuk mengumpul kekayaan sampai letak harga tinggi sampai orang rasa kerja dakwah nie susah.
3)Hari hari mesti nak maaf kan orang,tida caci maki dan dendam dengan sesiapa.
4)Korban masa,diri dan harta sendiri ..Khadijah ,Hazrat Abu Bakar,syaidina osman ,hazrat Abdul Rahman Al Auf adalah orang orang yang kaya tetapi telah megorbankan harta benda yang mereka untuk agama.

Inilah tertib kerja dakwah cara Nabi Muhammad SAW tetapi amat amat menyedihkan kerja nubuwah yang mulia ini telah ditinggalkan oleh umat.Hasilnya bacalah didada akhbar pembunuhan kejam,penzinaan,rempit,rogol,tanah runtuh ,gempa bumi,penipuan,pembuangan bayi dan berbagai bagai peristiwa yang memualkan berlaku saban hari.Bila dakwah cara Nabi ditinggalkan manusia sudah tidak tahu nilai agama,kebesaran allah mulai lenyap dari hati hati orang islam dan kebesaran dunia telah masuk sehingga mereka sanggup melakukan apa pun untuk menjadi kaya,,sedang tiada orang yang mampu membawa kekayaan mereka masuk ke kubur.Ada sebahagian dari Ulama ulama pun telah menjadikan agama sebagai punca kekayaan mereka menyebabkan banyak pekara yang haram telah di halalkan.Agama hanya diambil mana yag menguntungkan sahaja.Sistem politik yahudi telah diambil sebagai rukun kehidupan sehingga ada perkataan "kami telah berjaya mengislamkan demokrasi" sedang sistem ini lah yang telah membunuh semangat perjuagan islam yang sebenar.ada dikalangan mereka juga berijtihad dan menghalalkan sistem demokrasi walaupun dalam quran telah menunjukkan tiada pun seorang Nabi dan Rasul yang dipilih melalui sistem ini.(Ada ke kita baca mana mana buku tau kitab ada nabi yang dipilih melalui sistem ni?)

Apakah sistem demokrasi ?ianya adalah satu sistem yamg ajak manusia yakin dengan mojariti mengalahkan minoriti.Kalau macam tu mesti orang islam kalah dalam perang badar sebab tentera islam hanya 313 orang dan kafir 1000 orang tetapi dengan bantuan Allah orang islam menang. Dalam perang hunain  tentera islam jauh lebih ramai dari tentera musuh tetapi dalam peperangan hunain tentera islam telah kalah sebab sahabat yakin dengan mojariti.Jadi pengajarannya orang Islam hanya akan menang bukan dengan sistem demokrasi atau apa apa sistem..orang islam hanya kan menang bila dapat bantuan dari Allah..orang islam hanya akan menang bila mereka kembali kepada kerja Nabi iaitu mengajak manusia kepada Allah.Perang badar apabila tiada senjata yang canggih dengan jumlah yang sedikit tetapi 313 orang ahli badar ini bersenjata yakin sempurna dengan kekuasaan Allah..3000 malaikat telah dihantar oleh Allah untuk membantu mereka,dikatakan belum sempat pedang dihayun kepala musuh telah terputus.Cerita cerita ini bukanlah sebagai legenda umat islam tetapi Allah nak ajar umat nie sesiapa yang tidak kembali kepada cara Nabi ..sunah Nabi pasti dan pasti umat itu Allah hancurkan..

Ayuh kawan kawan apa lagi yang kita tunggu.kematian hanya berada beberapa saat je di depan kita,kiamat pasti akan berlaku,tanda tanda kecil kimat semuanya sudah berlaku.Orang yahudi buat teori penipisan lapisan ozon dan pencairan ais menyebakan iklim tidak memenentu..sebenarnya tanda besar kiamat matahari akan naik dari barat dan tenggelam disebelah timur dan sekarang bumi sedang bergerak ke arah itu..itu lah menyebabkan pergerakan iklim yang tidak setabil dan setiap hari ada lebih daripada 3000 gerak gempa yang berlaku diseluruh dunia dan kebanyakkannya berlaku gunung gunung didasar lautan yang amat dalam  yang tidak dapat dikesan oleh manusia..hanya beberapa yang Allah sahaja yang Allah tunjukkan seperti di Indonesia,Iran,Jepun dan sebagainya.Manusia telah mencipta macam macam teori untuk selamatkan manusia tetapi yakin le tida kereta yang boleh membaiki kereta yang lain..hanya manusia yang mereka cipta kereta tahu bagaimana nak membaik pulih kereta yang rosak.Sama juga kita tiada manusia yang boleh memperbaiki manusia yang lain hanya Allah tuhan yang menciptakan manusia tahu bagaimana nak memperbaiki kehidupan manusia.Sebab itu Allah mencipakan syurga sebab allah tahu itulah tempat kediaman yang terbaik untuk manusia.Kehidupan yang tiada tua,tiada cemburu,tiada sakit,tiada kebimbangan,tak perlu susah payah buat direct selling atau part time untuk hidup mewah kerana semua akan diberikan mahligai mahligai yang indah dengan singahsana dari yakult dan permata dan dinding dari emas.jadi marilah kita keluar di jalan allah untuk belajar cara kerja Nabi Muhammad SAW supaya kita dapat jaminan jaminan dan bantuan Allah di Dunia dan Akhirat.jangan tunggu sehingga malaikat maut datang diwaktu itu tiada apayang boleh membantu kita.
Semoga entri aku yang agak panjang di dapat aku amal dan sampaikan dan kepada pembaca juga dapat manfaat..aminnnn


3 comments:

mrosli said...

Saudara, Teruskan Perjuangan mu itu, nampak senang tapi x semua org boleh melakukannya.

amin said...

betul saya setuju mmg tiada kerja yg senang sbb dunia nie bukan syurga bagi org mukmin,dunia nie adalah penjara...mana ada kehidupan yang senang dlm penjara..jadi sebagai org mukmin kita kena memenjara kehidupan kita dari nafsu nafsu yang tidak dapat dikawal sehingga dari tarbiah nafsu ini kita dpt menghampirkan diri dgn Allah

amin said...

betul saya setuju mmg tiada kerja yg senang sbb dunia nie bukan syurga bagi org mukmin,dunia nie adalah penjara...mana ada kehidupan yang senang dlm penjara..jadi sebagai org mukmin kita kena memenjara kehidupan kita dari nafsu nafsu yang tidak dapat dikawal sehingga dari tarbiah nafsu ini kita dpt menghampirkan diri dgn Allah