Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Wednesday, July 6, 2011

Kuasa Percakapan

Dalam satu hadis 

Nabi bersabda Tidak lurus iman seseorang itu selagi mana dia tidak meluruskan hati.,dan tidak lurus hati seseorang itu selagi mana ianya tidak meluruskan perkatan.

Tidak ramai dikalangan kita yang tahu kesan dari  percakapan,pendengaran,penglihatan dan pemikiran..Dalam satu bayan saya mendengar bahawa setiap dari deria itu merupakan sungai sungai yang mengalir kehati.Bila banyak percakapan , pendengaran,penglihatan dan pemikiran kepada makhluk di buat maka kebesaran makhluk akan masuk dalam hati kita.dan dalam pada masa yang sama kebesaran Allah akan terkeluar dari dalam hati kita.Sesungguhnya Allah tidak akan bersekutu dengan tuhan tuhan yang lain..dalam surah Al ikhlas yang kita baca Allah hu somad ..Allah tidak bergantung dengan mana mana makhluk.Semakin banyak kita bercakap yang sia sia (contohnya kita sering membicarakan yang duit boleh buat itu duit boleh buat ini) keyakinan kepada duit akan datang, dan mula berfikir bahawa duit akan selesaikan masalahnya,kalau seandainya pemikiran kita berfikir begini ini menunjukkan iman dalam bahaya..seandainya usaha tidak dibuat utk memperbetulkan percakapan, pendengaran,penglihatan dan pemikiran bimbang bimbang akhir hayat tidak boleh ucap kalimah Allah.
Sebenarnya Allah buat mulut untuk bercakap mata untuk melihat telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir ini kepada manusia dengan maksud manusia menggunakan untuk membesarkan Allah..mulut untuk bercakap tentang kebesaran Allah,telinga untuk mendengar kebesaran Allah,mata untuk melihat kudrat penciptaan Allah dan Akal untuk berfikir kebesaran Allah..barulah air air jernih akan mengalir masuk ke hati..barulah takungan air di hati kita menjadi jernih dan terang..bila terang barulah kita akan melihat dengan jelas..kalau yang mengalir tu air keroh maka kolam hati kita akan jadi gelap..dalam gelap kita tidak dapat melihat apa apa.

Saya berazam untuk memperbetulkan semua deria yang Allah bagi, kerana ketenangan hati hanya akan datang jika di dalam hati kita ada kebesaran Allah.Tanda dalam hati ada kebesaran Allah mudah je bila azan dilaungkan segera kita menghadap Allah dengan meninggalkan kerja kerja dunia kita, tetapi jika azan dilaungkan kita masih disibukkan dengan kerja kerja dunia maknanya iman kita lemah dan usaha untuk memasukkan air air jernih melalui 4 sungai perlu dibuat.Semua kita dapat amaldan sampaikan insyallah

No comments: