Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Friday, July 29, 2011

Kalau dulu

Kalau kemarin kita masih lagi bermain main dianak anak sungai bermain lumpur,bermain lastik burung tapi sekarang ada yang dan mempunyai anak satu ada yang anak  dua dan ada juga yang dah bercucu.Kalau dulu boleh memandu pulang ke kampung tidak terasa penat atau mengantuk sekarang jangankan kata ke kampung short distance pun kadang kadang kita kepenatan.Kalau dulu boleh bermain bola sekarang berlari mahu menyelamatkan dari kehujanan pun penatnya sampai ke malam.Kalau dulu muka kita kulitnya tegang sekarang dah banyak lubang lubang walaupun tampal dengan make up pun masih jelas lubang lubang di muka,kalau dulu rambut semuanya hitam sekarang uban uban mula tumbuh, kalau dulu giginya kuat sekarang nak kunyak daging pun rasa macam gigi nak tercabut, kalau dulu sendi lutut kuat sekarang kalau bergesel dengan meja pun rasa nak patah, salah bangun pinggang atau peha jadi krem.

Allah maha adil mahu hujan juga di beri tanda petir dan guruh,mahu siang diberi tanda ayam berkokok mahu malam di berikan tanda mega merah meliputi langit,mahu tsunami juga diberikan tanda,mahu demam juga diberikan tanda tanda demam, mahu kanser juga diberikan tanda ...Jadi kalau kita ada tanda tanda seperti diatas kita nie dah diberi tanda bahawa kita dah TUA..berapa banyak lagi dosa yang kita nak buat, berapa banyak lagi dunia yang kita nak kejar, berapa banyak lagi nafsu yang kita nak penuhi..bila kita nak taubat bila kita nak mintak ampun, bila kita nak jaga solat sehingga solat kita dapat jauhkan kita dari fasa' dan munkar, bila lagi kita nak baca quran sambil memikirkan kehebatan Allah,bila lagi kita nak berdoa menyesali atas semua dosa dosa sambil menangis,bila lagi kita nak melepaskan diri kita dari belenggu hawa nafsu yang tak pernah padam,bila lagi kita nak bersedekah, bila lagi kita ke umrah dan haji..semua ini perlu hidayat dari Allah barulah kita akan dapat datang kepada amal..maka carilah hidayah, carilah ilmu dan carilah hikmah..Jangan sampai mulut dah dipenuhi dengan tanah,pakain dah tak berjahit baru kita mahu menyesal..doakan saya yang serba lemah ini..semuga saya dapat amal

          RENUNGKAN LAH DENGAN TELINGA DAN MATA HATI DAN CARI JAWAPANNYA

No comments: