Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Tuesday, August 6, 2013

Kisah Perjalanan ke long Pasia

Keputusan yang aku ambil untuk menerokai bumi Borneo dalam usaha untuk menyambung perjuangan Nabi Muhammad saw memang dah lama aku pendamkan, kisah orang di kristian secara satu kampung bukan secara invidu telah lama di kisahkan.Kerisauan berputar ligat di dalam kepala memikirkan bagaimana cahaya hidayat yang Allah bagi beri boleh terpadam hanya dengan terpesona dengan kilauan beberapa ringgit yang dihamburkan oleh pendakyah pendakyah kristian ni.Tidak dinafikan usaha mereka yang bergitu bersungguh sungguh bukan sekadar menghaburkan harta malah mereka telah tinggal disana megorbankan masa harta dan segala gala yang mereka ada untuk memastikan sinar hidayat terpadam di bumi borneo ini.

November 2012 aku bersama beberapa jemaah yang lain telah membentuk jemaah masturat(bersama isteri) ke Miri selama 10 hari menyemarakkan lagi semangat apabila di depan mata aku tengok pastur pastur kecil ini sambil berbasikal tidak kira hujan dan ribut mereka buat gash(ziarah) bezanya mereka tak dakwah dengan perkataan cuma sekadar senyum dan mengangkat tangan tanda menegur kita secara ramah.Bayangkan agama walaupun mereka ni agama batil tapi diusahakan bersungguh sungguh kesannya dikawasan miri Islam dah jadi agama minoriti.Agama islam yang di redai oleh Allah tidak mahu diusahakan kesannya seorang demi seorang jadi murtad.



Akhirnya pertengahan bulan Desember aku dapat membetuk satu jemaah lelaki 10 orang bergerak ke Beaufort selepas di tafakut(temuduga) oleh markas Sri Petaling.Dari Kota Kinabalu kami dah sewa 3 kenderaan pacuan 4 roda(pick up) .Sampai di markas beaufort Haji Abd Rahman dan Haji Jamal telah bermusyuarat tentang route kami.Dimana Haji Arif syura labuan telah mengesyorkan supaya kami ke Long Pasia satu daerah pedalaman yang belum pernah dimasuki oleh mana mana jemaah.Daerah ini berada di persempadanan Sabah, Kalimantan dan Serawak..Syura telah meluluskan route kami tetapi tiada sebarang maklumat yang kami perolehi dari markas,Keesokan harinya kami diminta untuk ke pekan Sepitang untuk merujuk kepada pihak Jabatan Agama disana untuk mendapat maklumat lanjut tentang kawasan ini.Pertemuan kami dengan ustaz Kamaruddin dari Jabatan Agama cukup merisaukan kami kerana dikatakan masyarakat sana tidak mengalukan orang yang beragama islam.Seorang guru juga dikatakan di pukul hatta bila jabatan agama buat program untuk guru dan staff yang beragama islam disana  diminta mengubah lokasi program ke gereja .

Hari pertama di pekan Sepitang kami bermalam di sebuah Masjid yang berada di kawasan perumahan Sabah Forest Industri (SFI) .Disini terletaknya kilang memproses kertas dan plywood dimana semua hasil hutan dikawasan seluas 290 000 hektar akan dihantar ke sini untuk tujuan pemprosesan kertas dan papan lapis.Hari ke 2 disini kami membuat persiapan barang barang makanan seperti maggi sardin dan lain lain makan kering,alat alat perkhemahan,generator,gergaji parang tidak lupa juga set kain kapan sempurna untuk kemudahan jemaah seandainya ada dikalangan kami yang syaid..memang niat kami ingin mati di jalan Allah.


Setelah semuanya barang barang keperluan kami dirasakan cukup hari ke 3 kami memulakan perjalanan dengan hati yang berdebar debar tambah pula sebagai ketua jemaah yang setiap hari harus buat keputusan.Kalau menjadi jeneral polis atau ketua dimana mana jabatan kerajaan atau pun swasta  mungkin lebih mudah sebab semua kerja dengan arahan,tetapi menjadi ketua jemaah semua kerja dibuat dengan targhib (memberi tahu tentang kebaikkan) dan taskil.maknanya siapa yang tidak sedia atas apa apa kerja yang telah di putuskan tidak boleh dipaksa.Setelah lebih kurang 40 minit perjalanan jalan bertar dari Sepitang ke arah Tenom kami memasuki jalan balak yang hanya layak dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda sekitar 10km kami mula sampai satu kawasan dikenali sebagai Segalong.

Alhamdulilah di kawasan kem balak ini ada terdapat sebuah surau yang baru di bina oleh toke yang berbangsa Cina (buddha) ,tetapi surau tersebut tidak digunakan untuk solat akhirnya pihak pengurusan menjadikan surau itu sebagai tempat kelas untuk anak anak untuk belajar asas asas menulis membaca dan mengira untuk anak anak yang tinggal di kem balak tersebut.Sampai je kami disana kami terus membaca doa di tengah kesibukkan semua pekerja di dalam kem tersebut, Kami berdoa semoga Allah bantu kami, kami datang semata mata kerana Allah untuk menerangkan kepada semua orang bahawa kehidupan di dunia ni hanya sementara je, dalam masa yang singkat ini keperluan dunia perlu diusahakan tapi keperluan yang lebih besar iaitu iman dan amal lebih lebih lagi diusahakan supaya kita boleh berjaya dunia dan akhirat.Ini saje misi dakwah tabligh yang bergerak di seluruh dunia hari ni, itu pun ada dikalangan manusia yang menentang.Semasa kami berdoa kelihatan dicelah celah lori balak yang sedang di selenggarakan kelihatan pekerjanya juga berhenti menadah tangan berdoa juga walaupun dari jauh.




                      ........................bersambung.....................

No comments: