Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Monday, September 28, 2015

Kambing vs singa



Kisah ni berlaku di sebuah kampung yg berhampiran  dgn sebuah hutan,al kisah terdapat seekor  ibu kambing dan bapak kambing sedang membawa anak anaknya meragut rumput.Sedang asyik mereka meragut rumput salah seekor anak kambing telah melihat sejenis specis binatang aneh  kecil sedang meraung rayau secara bersendirian.Anak kambing sungguh simpati melihat anak binatang aneh itu bersendirian  dan mungkin juga dalam kelaparan.
"Mak jom bawak balik binatang ni balik ke rumah kita kesian dia jalan tak de mak bapak" tanya anak kambing kpd ibu nya yg sedang menarik narik daun ubi utk di lahap nya. .Permintaan  anak kambing telah di izinkan oleh ibunya jadi anak anak kambing telah membawa anak binatang aneh itu ke kandangnya tanpa menyedari bahawa yg dibawa pulang itu adalah anak seekor singa.

Bermulalah kehidupan baru anak singa tersebut di kandang kambing,makan seperti kambing iaitu memagut rumput dan daun daun,minum susu dari ibu kambing hatta bunyinya pun seperti seekor kambing tanpa menyedari dia adalah sebenarnya adalah anak singa.Beberapa bulan berlalu anak anak kambing mula membesar masing masing mula ditumbuhi oleh tanduk.Apa lagi masing masing mula menunjukkan samseng nya dgn menanduk sesama mereka dalam perebutan susu ibu mereka.Si anak singa setiap kali bangun tidur dia meraba raba di atas kepala dan berasa kehairanan kenapa kepalanya tak ditumbuhi tanduk, dia amat kesal tanpa tanduk tu dia sering di buli adik beradik yang lain, dan selalu juga dia tidak mendapat bahagian dari daun daun nangka yg tumbuh di tepi kandang kambing.Begitu juga dengan susu perebutan sering berlaku dan pastilah tanpa tanduk dan kaki yg tak boleh menerjang  sewaktu perebutan susu dan yg dia dapat adalah sisa sisa susu yg tinggal sedikit.

Hatinya begitu sedih sering juga dia tinggal je bersendirian  di kandang sewaktu kambing kambing yang lain meronda sambil mengisi perut mereka dgn rumput rumput yang banyak di sekitar kawasan kolam air yang agak berjauhan dari kandang kerana memikirkan  apa lah dosa dia lahir tanpa di kurniakan tanduk seperti kambing kambing yang lain.
"Malang betul lah nasib aku ni, kenapa lah tuhan menzalimi aku begini" rungut anak singa bersendirian sambil tangannya memegang kepala sambil mengusap usap mana le tahu tiba tiba tanduk yang di impikan tu boleh tumbuh.Tiba tiba anak singa melihat kelibat sang singa yang sering di ceritakan oleh ibu nya bahawa singa ni binatang ganas dan akan memakan mangsa tanpa belas kasihan.Cepat cepat anak singa tadi menyembunyikan diri tapi tak sempat ibu singa yang besar telah menyergahnya dari belakang.Nasib baik anak singa masih di dalam kandang walaupun hampir ibu singa tak dpt menangkapnya. 
"Hoi  anak singa ku buat apa dlm kandang kambing ni?" Sergah ibu singa.Anak singa terpinga pinga dengan panggilan ibu singa tadi,
"Hoi  singa pergi ko dari sini...aku ni cuma anak kambing kurus tak cukup makan..kalau ko makan pun tak boleh kenyang".

"Kenapa pulak ko kata ko anak kambing sedangkan ko anak singa" si ibu singa tadi menegaskan.
"Aku memang lahir di sini,  mak bapak aku kambing, adik beradik aku pun kambing, aku makan daun daun bunyi aku pun kambing juga tak, ni semua taktik kotor nak makan aku, sorry lah singa aku tak termakan tipu daya ko tu". Kata anak kambing sambil mengembek beberapa kali sebagai pengesahan dia adalah anak kambing bukan anak singa.
Beberapa kali ibu singa membuat penjelasan tetapi tidak didengari oleh anak singa, sehinggalah ibu singa tu bagi tau yang singa ni adalah raja segala binatang, jangan kata kambing gajah juga singa boleh kalahkan.Kenyataan tu menyebabkan  anak singa ketawa terkekeh  kekek. 
"Raja konon, engkau pun sama macam aku tanduk pun tak de ,jgn kata nak makan gajah dengan kambing pun aku kena buli". Kata si anak singa sambil menepuk  perutnya berulang kali tanda geli hati. 

"Kalau kau tak percaya cakap aku mari keluar dari kandang dan aku berjanji tak makan kau, mari lihat wajah ko dekat kolam air di depan kandang dan ko lihat pulak muka aku, kita sama sbb aku dan engkau adalah singa dan kita adalah raja segala binatang, dan nanti aku akan tunjukkan kekuatan kita bukan pada tanduk dan kaki,nanti aku akan ajar kan rahsianya sehingga kambing kambing yg selalu buli kau tu pun akan takut dengan kau" ibu singa memberi tawaran .
Bila anak singa dengar kambing kambing lain akan takut si anak singa tadi merasakan ini lah peluang dia nak balas dendam pada kambing kambing yang sering membulinya.
"Betul ke singa, ko janji jgn makan aku yea aku teringin nak belajar rahsia jadi raja dalam hutan, aku nak jadi hero dah tak mahu lagi di buli oleh kambing" kata anak kambing sambil turun dari kandang dengan berhati hati.".
Ibu singa telah membawa anak singa ke tepi kolam dan menyuruh anak singa melihat wajahnya di permukaan kolam yang jernih airnya dan melihat wajah ibu singa.
"Kan aku dah kata muka kita sama, ko bukan anak kambing , ko anak singa dan singa raja dalam hutan ni,dan kekuatan kita bukan pada kaki atau tanduk tapi kekuatan kita pada ngauman dan gigi kita yang tajam." Kata ibu singa sambil mengaum  menyebabkan anak singa tu bertempiaran lari ketakutan.
Ibu singa memanggil balik sang anak singa yg lari tadi sambil menyuruh anak singa datang berhampiran ibu singa tadi.
"Hei anak singa ko jangan lari, aku saja nak test suara je tadi mari ke sini jangan takut aku tak makan ko..." kata ibu singa sambil mengembangkan bulu badan dan mengibas gibas kan ekor nya tanda bangga menjadi singa.
"Sekarang cuba ko bunyi suara ganas tadi"..
Anak singa tadi cuba membuka mulut utk mengeluarkan bunyi malangnya yang keluar adalah suara mengembek seperti kambing.Ibu singa ketawa terbahak bahak mendengar si anak singa tapi bersuara seperti kambing. Berkali kali di cuba oleh anak singa tapi yang keluar tetap bunyi kambing.
"Beginilah anak kalau kau betul betul nak jadi singa yang hebat, ko kena tinggalkan kandang kambing ni 3 hari, mari ikut aku ke kampung singa dsan kau akan dilatih menjadi seperti seekor singa.

Anak singa bersetuju, berangkat le anak singa ke kampung singa disana dia lihat banyak rakan sebaya yang begitu aktif, mereka begitu lahap memakan daging binatang buruan bapa mereka.Mereka juga begitu ceria dan begitu bangga menjadi sebagai seekor singa walaupun tidak mempunyai tanduk seperti kambing.Semasa 3 hari di perkampungan singa anak singa telah belajar menjadi seekor singa.walaupun bunyi ngauman singa masih pelat pelat kambing tapi ngauman nya dah mula menjadi.Anak singa dah mula belajar meratah daging mentah rupanya daging mentah ni jauh lebih sedap dari daun nangka dan rumput yg sering di mamah nya,  ternyata tidak sia sia gigi taring yg di kurniakan kpd nya.Selama ni gigi inilah yang menyusahkan dia memakan rumput rupa rupanya gigi ini berfungsi utk menyiat yiat daging yg memang jauh lebih sedap dari rumput.Malam terakhir sebelum pulang ke kandang esoknya anak singa terfikir bagaimana pulak aku si raja dalam hutan ni boleh terjebak dalam kandang kambing.Esok pagi dia akan berangkat ke kandang kambing sudah pasti ibu nya risau kerana 3 hari dia tidak pulang ke kandang."Esok sampai je di kandang aku akan terus mengaum dan menunjukkan taring aku yang tajam ni" kata kecil si anak singa."biar semua pembuli  pembuli  aku tahu siapa aku...".
Esok pagi si anak singa mula melangkah kan kaki sebagai raja binatang di dalam hutan, kemarau ada rakan sebaya telah menunjukkan 'catwalk' sebagai seekor singa jantan yang hebat.Sampai di kandang didapati semua adik beradik kambing nya dan ibu telah menunggu di hadapan pintu kandang selepas melihat kelibat  anak singa dari jauh.Belum sempat si ibu bertanya ke manakah hilangnya dia selama 3 hari sang singa terus melompat ke alang kandang kambing lalu mengaum sekuat kuatnya...si singa mengaum dgn kuat sambil memejam mata kerana nak feeling  bunyi singa yang asli...bangga nya sang singa kerana ngauman nya benar benar menjadi, tetapi  apabila  dia membuka mata dan melihat ke arah kandang jangankan kata pembuli  pembuli nya lari bertempiaran kerana ketakutan ayah dan ibu angkatnya kambing terus hilang menyusup lari di dalam semak berhampiran.

PENGAJARAN DARI CERITA INI

Sesungguhnya inilah kehidupan orang islam hari ini, kita telah hidup terlalu lama dalam kandang kehidupan  orang Yahudi dan Nasrani . Kita makan, minum,berpakaian, masuk tandas bercakap dan semuanya 100% seperti mereka sehingga mereka berebutan minyak ekonomi teknologi sebagai ukuran kemajuan kita pun nak pekara yang sama.Sehingga kita saling berebutan, kalau kambing tadi ada tanduk singa pun nak tanduk juga, sedangkan Allah tidak pernah meletakkan kejayaan orang islam dalam ekonomi , teknologi, minyak hasil bumi,kekuasaan melalui sistem,  demokrasi dan lain lain...ALLAH HANYA LETAK KEJAYAAN MANUSIA HANYA APABILA KITA AMALKAN AGAMA DENGAN CARA NABI MUHAMMAD SAW.Musuh islam tidak terkesan dgn kekuatan ekonomi kita sebab ekonomi skrg berasaskan duit ciptaan mereka, mereka naikkan nilai usd sehingga usd bersamaan rm 8 je negara kita akan bankrap,  skrg rm4.4 kita dah kelam kabut , sbb harga barang akan naik, hutang negara akan meningkat, kadar blr juga akan dinaikkan menyebabkan jumlah pinjaman akan meningkat juga,NPL akan bertambah menyebabkan hidung kita akan di ikat seperti lembu dan kita akan menjadi hamba kepada mereka, sepertinya kita sedang duduk dalam negara Malaysia tetapi sebenarnya  kita sedang duduk dalam sebuah penjara yg besar, di mana untuk survival di dalam penjara ini kita akan membunuh antara satu sama lain dan sekarang pun kita telah hidup seperti itu.Sebenarnya kalau kita usahakan sungguh sungguh dlm kehidupan kita wujudkan amalan dakwah , amalan taklim wa taklim,  zikir ibadat dan khidmat  sehingga kuatnya amalan ni menzahirkan orang 
berbondong bonding datang solat berjemaah sehingga semua masjid dan surau jumlah solat subuh kita seperti solat Jumaat semua kekuasaan, teknologi, kepakaran sains, ekonomi akan di peroleh oleh orang islam dgn jalan yang paling mudah, pekaka ini telah dilakukan oleh para sahabat apabila mereka sibuk dgn amalan tersebut tak sampai pun 50 tahun tamadun Rom dan Parsi yang telah di bina lebih dari 700 tahun telah jatuh di tangan orang islam dgn penuh kehinaan.
Dengar sini baik baik wahai teman teman yg saya sayangi...musuh islam akan gerun apabila semua orang Islam mengamalkan  sunah Nabi Muhammad saw dalam seluruh kehidupan kita. Sebab tu kita nak ajak keluar 3 hari seperti mana ibu singa ajak anak singa ke kampung singa supaya anak singa tadi lebih mudah di bentuk menjadi seekor singa dalam biah ( suasana) kehidupan singa. Sama juga seperti kita kita harus keluar dari rumah kita keluar 3 hari di masjid kerana di masjid ada biah agama. Jadi selama 3 hari 4 amalan akan di hidupkan iaitu dakwah,taklim walaupun taklim, zikir ibadat termasuk bangun malam dan amalan khidmat. Semasa 3 hari juga kita akan belajar sunah nabi yg besar seperti bagaimana nabi makan,minum, masuk tandas, berpakaian, masuk keluar masjid dan lain lain.Sebab tu tak hairan lah orang belajar universiti al azhar ke Jordan bertahun tahun belum tentu dapat jaga solat 5 waktu berjemaah tetapi keluar 3 hari insyallah walaupun tak semua begitu tapi kita akan nampak balik 3 hari dah mula berani pakai kupiah  dah mula belajar bersugi, walaupun kelemahan atau kejahilan yg lampau masih ada tapi sekurang kurangnya langkah awal telah dimulakan.


 Mengamalkan sunah nabi bukan sahaja luaran tapi akhlak nabi juga perlu kita pelajari, nabi tidak pernah memaki hamun walaupun musuh, ada seorang Yahudi yang sering membaling najis kpd nabi, satu hari nabi telah melalui lorong yang sama tapi orang Yahudi tidak membaling najis, rupa rupanya orang Yahudi ni sakit kuat, nabi dgn akhlak yang mulia telah ziarah orang Yahudi , dan telah metalkin  kalimah syahadah  kpd pemuda Yahudi ini dan dia telah mati dalam islam, muamalat,  muasyarat dan akhlak nabi perlu kita amalkan dan sunah nabi yang ke 3 yang amat penting ialah fikir risau nabi bagaimana umat dpt di selamatkan dari bakar api neraka. Cuba kita tanya pada diri kita bila kali terakhir kita menitiskan air mata kerana risau setiap hari puluhan ribu orang mati tanpa kalimah Allah di Jepun di Rusia Amerika Afrika hatta di Malaysia sendiri...ataupun di taman atau di kampung  kita sendiri. Atas pekara ini nabi telah menangis sehingga tidak ada hari yg berlalu tanpa nabi mengalirkan air mata kerana kita, nabi dibaling batu kerana kita nabi dimaki di hina kerana kita, nabi solat sampai bengkak kaki kerana kita, nabi di jerut leher sehingga separuh mati kerana kita, tapi apa yang telah kita buat utk Nabi Muhammad  nak letak kupiah atas kepala pun kita malu, apalagi nak gosok gigi dgn kayu sugi dan sunah yang paling besar iaitu dakwah pun kita pandang sebelah mata, pada fikiran kita dgn solat yang kita buat sikit sikit puasa bayar zakat dan pergi haji tiap tiap tahun insyallah kita dah dpt syurga, tapi utk dapat dunia kita pulun siang malam, sedangkan dunia ni bakal kita tinggalkan yang kita bawa adalah iman dan amal je.

Semoga dgn perkongsian ini saya lah yang berhajat kpd sunah nabi saya lah yang berhajat kpd iman dan amal, insyallah saya berazam utk bagi masa 4 bulan tiap tiap tahun untuk bergerak ke seluruh dunia utk mengajak seluruh umat islam bangkit atas kerja dakwah yang mulia ini,dan setiap bulan saya berazam utk bagi masa 3 hari utk bergerak di kawasan daerah saya utk memberi tahu kpd mereka bahawa yang jawab kerja dakwah ni terpikul atas bahu semua umat islam , setiap hari memberi masa 150 minit utk bergerak di
lingkungan tetangga saya, lorong ke lorong rumah ke rumah , dan setiap orang lelaki akil baligh perlu saya ketemui atas pekaka yg sama, dalam masa yg sama juga dalam rumah saya sendiri perlu saya hidupkan amalan taklim harian, biar rumah kita sentiasa dibacakan ayat Quran dan hadis hadis nabi, wujudkan juga majlis halaqah  quran dan kisah kisah kejayaan sahabat dan anbia terdahulu diulang ulang, supaya suasana keberkatan, rahmat dan suasana malaikat masuk dalam rumah kita sehingga dari rumah kita lahirnya ulama alih, hafiz hafiz daei yg akan bawa gama ke serata alam......amin..saya sedia bagaimana dgn tuan tuan...bila lagi kita nak mula kerana ajal kita dah amat amat dekat...wallaualam

Mohd amin
Madrid spain
27/9/2015

No comments: