Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Tuesday, January 26, 2010

HIDAYAH MILIK SIAPA?

Puas juga aku fikir apa yang dimaksudkan hidayah..dan macamana aku nak register supaya nama aku dimasukkan dalam senarai orang orang yang dapat hidayah.Aku tanya tanya juga kat orang tapi takde satu jawapan pun yang boleh memuaskan hati aku.setiap hari aku fikir sehingga jadi satu kerisauan dalam diri mana le tahu aku mati dalam keadaan takde hidayat,maknanya tak dapat amal agama secara sempurna sampai mati...ughhh apa aku nak jawab dalam kubur nanti.aku mula membaca buku sejarah Nabi Muhammad SAW,mula dengar kuliah kuliah yang diadakan dimasjid masjid kawasan kediaman aku.

Sehinggalah satu hari aku dapat call dari sahabat aku yang baru balik dari buat usaha agama di Indonesia.Dia baru selesai dan takde transport nak balik ke rumah.Kebetulan aku pun nak menuju ke tempat yang sama jadi selesai je kerja aku, aku terus menuju ke masjid tempat sahabat aku menunggu aku..sampai aku ambil wuduk dan terus solat isya walau pun jam sudah pukul 10pm...(biasa le sembahyang selalu lewat)..inilah detik penting dalam corak kehidupan aku..sewaktu solat isya tu Allah bagi aku faham apa maksud hidayah(susah nak explain hanya org yg dapat je yg tahu) Subhanalllah diwaktu tu juga Allah bagi pinjam sedikit nikmat solat..tiada perkataan yang boleh diungkapkan untuk menceritakan betapa nikmatnya agama Islam nie..tenang..aman...

Barulah aku faham sikit sikit rupanya hidayat nie amat mahal..siapakah yang akan dapat?Syarat pertama kita kena ada keinginan yang sungguh sungguh..tak kira lah apa pun keadaan kita waktu tu...walaupun kita bergelumang dengan maksiat sekiranya keinginan kita kepada hidayat ini tinggi..pasti Insyallah Allah akan berikan..dan tanpa keinginan pun sebenar Allah boleh bagi sebab AalahuAhad...Allah boleh buat apa saja..kun fayakun..jadi maka jadilah..Allah boleh biarkan Abu Talib bapa saudara nabi yang bersusah payah dgn Nabi untu kembangkan  agama mati dalam kedaan kafir dalam masa yang sama Allah boleh bagi hidayah pada Hindun yang bersusah payah untuk hancurkan Islam tapi mati dalam kedaan beriman..Apakah tertib hidayat..nanti kita sambung lagi..

No comments: