Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Monday, January 25, 2010

HIDAYAT

Satu ketika sewaktu aku dlm kesususahan (kena buang kerja) puas aku fikir macamana nak selesaikan masalah ekonomi aku yang betul betul meruncing.Mintak kerja tak dapat ,kalau ada pun gaji kecik sangat..pokoknya aku betul betul tengah susah lee..Satu hari sewaktu aku tengah fikir tentang masa depan aku.datang seorang hamba Allah tanyakan kedaan aku dia pun kawan baik juga, agaknya dia tengok muka aku pun dia tahu aku tengah berserabut dengan banyak masalah.Selepas dia mendengar sedikit keluhan aku dia cakap sebaris perkataan yang menyebabkan melekat dalam dalam hati aku..dan ayat itulah yang menyebabkan aku bangun dari semua permasalahan aku.Sebelum dia bangun tinggalkan aku dia cakap" semua pekara datang dari Allah samada yang baik atau tidak,jadi untuk selesaikan maslah abang nie senang je buat apa yang Allah suka nanti Allah akan bagi apa yang abang suka.Aku macam kena karan dengar perkataan nie..balik je rumah aku pun fikir apa yang aku suka yer..wah macam macam le yang aku suka terutamanya hal hal keduniaan ..duit banyak,rumah besar,keta merc compresor impian aku..dah tentu selesai semua masalah aku sekarang.
Tapi aku sedar nak dak dapat benda yang aku suka aku kena buat apa yang Allah suka..aku jadi terdiam..dan mula bertanya apa kah yang aku buat sekarang nie mendatangkan kesukaan Allah..aku mula muhasabah diri..solat subuh aku yang sering lewat,zohor aku yang dirikan secara tergesa gesa sebab masa kerja dulu selalu ada meeting lepas lunch,asar pun macam tu kadang kadang dah nak masuk magrib,magrib pun macam tu juga, solat isya buat tapi kadang kadang mata dah tingal separuh terbuka.Maknanya 24 jam Allah menyampah dengan aku..macamana aku nak dapat apa yang aku suka...????
Aku pun mula fikir nak buat perubahan..esok subuh aku dah bangun..solat subuh awal waktu sambil doa yang agak panjang..zohor.asar.magrib dan isya pun aku buat pekara yang sama..solat awal waktu..Tapi dapat le bertahan 3 atau 4 hari ,selepas tu perangai lama berulang lagi...puas cari kekuatan tapi masih lemah..Aku pun jumpa balik sahabat yang nasihat aku..aku tanya kenapa susah nak istiqamah dalam amal..jawapan dia simple tapi menyebabkan aku kena berfikir panjang.Sahabat aku cakap"bang untuk tahu tentang amal kita boleh belajar dari mana mana ustaz,tok guru,madrasah,universiti dan sebagainya..tetapi untuk datang kepada amal secara istiqamah abang perlu taufik dan hidayah dari Allah" dia bagi contoh berapa hari nie yang tinggi ilmunya setiap hari pergi kuliah agama tapi amal agama dintinggalkan sewenang wenangnya..contohnya senang jer..cuba pergi surau atau masjid kita azan solat zohor pukul 11 pagi..mesti ramai yang akan datang untuk menegur kita dan bagi tahu kita waktu tak masuk lagi nie kenapa azan maknanya dia tahu ilmunya ada...tapi kalau kita azan pada waktu yg betul 1.30 contohnya tak ramai pulak yang datang..heran kan??? sebab kita datang tu sembahyang secara jemaah tu sebenarnya 100% taufik dan hidayat dari Allah
Seharian aku berfikir apa sebenarnya yang dinamakan taufik dan hidayah nie..dan macamana nak dapat ..dan siapa yang boleh dapat...nanti aku akan sambung cerita nie..

No comments: