Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Thursday, January 21, 2010

KISAH UNTUK RENUNGAN

Satu ketika seorang pengembara yang taat kepada perintah Allah telah diuji dengan kehausan dalam satu perjalanan di padang pasir yang panas.Di tangannya masih ada sebotol air yang masih tersisa sedikit air yang sengaja disimpan supaya dapat diminum sehingga dia betul betul haus.Pencarian air masih gagal sehingga beliau sudah berasa amat amat haus,dan beliau sedar sekirannya dia minum air tersebut itulah air yg terakhir yg dia ada.Sewaktu dia mahu minum air itu Allah telah memerintahkan malaikat untuk menepis bekas air itu sehingga tercampak dan air tersebut tumpah kesemuanya.Pengembara tersebut mengelupur kehausan mengais gais pasir dalam percubaan untuk mendapatkan air,tetapi percubaannya gagal sehingga dia mati dalam keadaan kehausan yang amat sangat.

Di tempat yang lain seorang yg kafir sedang sakit,beliau telah memberi tahu hajatnya kepada isterinya bahawa dia teringin sangat untuk makan ikan.Isterinya beri tahu kepada suaminya bahawa adalah amat sukar untuk membeli ikan kerana rumahnya yang berada di padang pasir serta jauh dari laut.Diketika itu juga Allah telah memerintah malaikat untuk menyerupa seorang penjual ikan dan lalu dihadapan rumah si kafir ini dengan membawa berbagai jenis ikan.Bila dilihat oleh isteri sikafir ini beliau terus membeli dan memasak ikan tersebut .Setelah itu dia telah memberi makan kepada si kafir itu dan beberapa ketika beliau pun mati dalam kedaan keinginannya untuk makan ikan telah disempurnakan.

Lalu bertanyalah malaikat kepada Allah..mengapa seorang pengembara yang taat kepada Allah ,Allah membiarkan dia mati dalam keadaan kehausan walaupun ada peluang untuk meminum seteguk air itu pun Allah telah memerintah untuk malaikat untuk menepis air tersebut.Di tempat yang lain pula seorang yang kafir yang lawan perintah Allah telah mati dalam keadaan keinginannya disempurnakan oleh Allah,bukan itu sahaja ketika dia mahu makan ikan dalam keadaan tiada ikan di tengah padang pasir Allah telah memerintahkan malaikat untuk menjual ikan khusus untuk si kafir tadi.

ALLAH MEMBERI TAHU KEPADA MALAIKAT PENGEMBARA YANG TAAT ITU ADA BERBUAT DOSA KEPADA ALLAH ,JADI ALLAH MAHU MEMBALAS SEMUA DOSA YANG DILAKUKAN DIDUNIA DENGAN MATI DALAM KEHAUSAN SUPAYA BILA DIBANGKITKAN DIAKHIRAT KELAK BELIAU BANGUN DENGAN TIADA SEBARANG DOSA DAN ALLAH AKAN MASUKKAN KEDALAM SYURGA SUPAYA DIA DAPAT MENIKMATI KEHIDUPAN YANG BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN SAMPAI BILA BILA....MANAKALA SI KAFIR ITU PULA WALAUPUN KAFIR TAPI DIA ADA BERBUAT KEBAIKKAN,DAN ALLAH MAHU MEMBALAS SEMUA KEBAIKANNYA DIDUNIA SUPAYA BILA DIBANGKITKAN DIAKHIRAT NANTI SEMUA KEBAIKKAN TELAH DIBALAS DAN YANG TINGGAL HANYALAH DOSA DOSA..DENGAN DOSA ITU ALLAH AKAN MASUKKAN KE DALAM NERAKA SELAMA LAMANYA.

SEMUANYA BERLAKU PASTI ADA HIKMAH..MANUSIA JAHIL SERING TERTIPU DENGAN KEJADIAN...SEBENARNYA ALLAH LAH YANG MAHA MENGETAHUI



WALLAHUHUALAM

No comments: