Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Monday, February 1, 2010

ALLAH MAHA BERKUASA

TEMPAT DIKATAKAN NABI MUHAMMAD DILONTAR DENGAN BATU DI THAIF

Sesungguhnya tiada yang maha berkuasa selain dari Allah,bukan sahaja Allah maha berkuasa malahan Allah juga maha memelihara,lihat saje pada penciptaan anak penyu yang menetas didalam pasir sejurus menetas terus menuju ke lautan sedang tiada siapa yang mengajar penyu penyu ini.Semua makhluk telah Allah sediakan rezeki sebelum di turunkan ke bumi.Cicak yang hanya merayap didinding Allah bagi rezeki dari serangga yang bersayap,kucing yang di darat dapat makan rezeki ikan yang berada di laut.Allah maha melihat dan penglihatan Allah maha hebat sehingga apa yang ada dalam hati manusia juga dilihat oleh Allah,Allah maha mendengar jutaan manusia berdoa dengan menggunakan ribuan bahasa semua didengar oleh Allah..Allah boleh buat setiap titik hujan sebesar buah kelapa tetapi Allah maha mengasihani bukan sahaja hujan turun secara rintik yang kecil bahkan setiap titik hujan itu bersamanya adalah malaikat yang menurunkan rahmat.Setiap kejadian alam sebenarnya Allah nak tunjukkan kebesarannya..selain daripada kita belajar ilmu dari tok guru atau mana mana kuliah agama sebenarnya melihat kejadian Alam ini adalah satu ilmu juga yang sering kita lupa

2 comments:

amin said...

penat juga seharian cerita pasal dunia nie...sesekali cerita pasal Allah meningkat juga iman kita

rahizam said...

Amin aku jadi keliru sebenarnya masjid siku di mana? Aku rasa dekat tempat lain, lebih kurang 300 meter kehadapan jalan tu sebelah kanan.Disitu akan nampak Batu tergantung.Kalo sebelah kanan masjid tu ada tanah HARAM TAIF.