Assalamualaikum w.r.t

Assalamualaikum w.r.t

Tuesday, May 24, 2011

Taklim dan kepentingannya

Selepas je solat subuh kebanyakkan mata jemaah tertumpu kepada aku, sebab mereka tahu abis je doa di aminkan aku akan melangkah ke ruang depan untuk membaca beberapa hadis samada di petik dari kitab fadail amal karangan maulana zakaria atau pun muntkhab hadis susunan maulana Yusuf al kandhawi.Kadang kala suara aku bergetar dan kadang kadang air mata tak dapat dibendung kerana membaca hadis hadis berkenaan dengan siksaan siksaan Allah.
Mungkin ramai yang beranggapan kitab ini khusus untuk jemaah tabligh..sebenarnya inilah satu salah faham yang telah berlaku dalam masyarakat..bayangkan sekiranya kita tidak mendengar kalamullah dan kalmulhadis hati kita kan menjadi keras.Taklim atau pun membaca hadis dan ayat al quran merupakan rawatan yang paling mujarab untuk merawat penyakit jiwa yang melanda masyarakat hari ini.Penyakit jiwa semakin parah baca je di surat khabar(aku dah lama tak beli surat khabar) TV,internet dan lain lain media takde cerita lain hanya mengisahkan jiwa manusia yang dah parah.Kisah berebut jawatan contohnya perdana menteri(saje guna tulisan kecik) padahal takde pun janji Allah siapa yang jadi perdana menteri masuk syurga..tak kisah le orang yang tak sekolah agama berebut jawatan orang yang dikatakan ulama pun meghalalkan banyak cara untuk jadi pemimpin...padahal zaman sahabat dahulu mereka takut untuk di pilih sebagai pemimpin..Hazrat Umar dikatakan pengsan beberapa kali bila nama beliau di sebut sebagai pengganti khalifah yang ke pertama.
Sakit jiwa ini berpunca dari ketaksuban kepada dunia yang melampau dan akhirnya tercabutlah kebesaran Allah dari dalam hati hati umat islam...hati jadi gelap(bayangkan bawak keta laju laju kemudian gelapkan lampu) itulah keadaan umat sekarang yang terogol anak sendiri..yang menyembelih bapak sendiri..itu semua gara gara jiwa gelap..apakah keadah pengubatan yang mujarab yang Nabi ajar..
Buat Taklim dimasjid dan taklim di rumah...belive me semua kan akan berubah kerana seandainya kita nak hilangkan kegelapan hati anak kita yang nakal kita pukul,belasah separuh mati,maki hamun dan lain lain kegelapan tidak akan berganjak....tetapi kalau kita masukkan cahaya kegelapan akan hilang dengan sendirinya..tak percaya masuk lah bilik yang gelap kita halau kegelapan itu dengan merotannya,menembaknya memaki hamun nya kegelapan tak akan hilang..on je lampu terus hilang gelap..
Oleh itu dalam kitab fadail Amal dan muntakhab hadis telah disediakan 2 cahaya yang akan menerangi hati hati umat iaitu Nur Quran dan Hadis..disamping itu kalau taklim dibuat di rumah ada malaikat yang Allah cipta untuk mencari majlis majlis zikir(membesarkan Allah dan selawat atas Nabi) malaikat malaikat ini akan hadir duduk berbaris baris hingga aras Allah dengan membawa dua pekara yang penting.Pertama malaikat akan membawa sakinah ( ketenangan) dan malaikat akan memohon doa agar seluruh isi rumah mendapat keampunan dari Allah..sebagai suami pun sekurangnya dah jalankan tanggungjawab untuk mengajar agama dilingkungan keluarga..alhamdulilah suami suami sering ke surau sembahyang jemaah dengar kuliah agama tetapi anak dan isteri di kuliahkan oleh drama drama senetron,maharajalawak ,akedemi fantasia dan lain lain siaran yang tah ada faedah atau tak.
Jadi marilah kita berazam untuk buat taklim di masjid atau di rumah kerana rumah yang dihidupkan taklim akan dilihat oleh para malaikat dilangit seperti bintang bintang bercahaya tetapi seandainya tiada amalan taklim  sinar agama tidak akan subur di dalam rumah maka rumah kita akan dilihat seprti kubur kubur ditanah perkuburan.(yang duduk dalam kuburkan ni kan mayat) semuga aku yang cakap nie dapat amal..kerana seringkali mudah untuk cakap tapi sukar untuk amalkan...mintak doa dikalangan pembaca semuga Allah merahmati aku nie yang lemah iman.

Wednesday, May 18, 2011

kenangan lalu

Keputusan aku untuk menoreh getah selepas tamatnya aku belajar di ITM Shah Alam agak memeranjatkan mak dan abah.."takpe lah cari le kebun sesiapa biar uda yang toreh..nanti hasilnya boleh berbahagi dengan empunya kebun"aku cuba memujuk emak yang sedang mengadun ragi dan biji biji soya untuk dijadikan tempe...hihihi tempe yang yang ramai peminatnya bila bakal dijual dipasar minggu di pekan Gemas."Insyallah ada tu beberapa kebun" mak cuba memberi beberapa tuan punya kebun yang mana kebunnya tak ditoreh disebabkan ketika tu harga getah amat rendah..jual getah sekerap pun baru 80 sen sekilo..Setelah mendapat kata persetujuan akhirnya aku memilih untuk menoreh sebidang kebun yang pokoknya dah tua pelan pokok getahnya dah melampaui  batangnya sehingga kedahan dahannya juga ditoreh..hahahha pokok bakal nak kena tebang macam ni lah.
Esoknya bermula kerjaya aku sebagai penoreh getah..pisau getah lama aku asah sehingga tajam kemudian aku mencari batang kayu yang sesuai untuk aku gunakan sebagai batang sambungan kepada pisau torah kerana pokok pokok yang tertentu perlu dijangkau oleh batang kayu tadi kerana pelan torehan yang agak tinggi..Siualan sang nyamuk berbelang menghurung di kepala walaupun tin milo yang di ikat dipinggang telah aku masukkan lingkaran ubat nyamuk kuat...itu kata iklannya..bukan sekadar menoreh kulit pohon getah malahan aku juga harus memastikan lelehan susu getah mengalir sempurna ke mangkuk hayun...hahahah memang selalu kena hayun oleh monyet monyet yang tak berkeperimonyentan..sehingga banyak mangkuk getah aku yang hilang..dah lah segerap aku hilang mangkuk pun dihayunnya kedalam semak..sabar je lah aku dengan monyet nie.
Kadang kadang aku duduk sebentar di perdu pohon sambil menyeka peluh yang keluar..tangan menampar nyamuk yang sudah kekenyangan yang sering hinggap diatas dahi.adoii hari dah tengahari banyak lagi pokok tak ditoreh..baru aku sedar betapa susahnya mak dan abah dalam berikhtiar untuk membesarkan anak anak..ketika itu juga aku memikirkan bagaimana nak balas jasa mereka..baru sehari dua aku masuk pejabat dengan uniform lengkap bertopi,berseluar dan berbaju yang penuh dengan getah getah kering sambil tin milo yang berasap dilekatkan dipinggang..berkasut getah (RM3 satu kasut tu) fuhhh segak betul..itu pun aku dah rasa penat..ni mak abah dah bertahun tahun menghirup kesedapan aroma getah segerap..bermula dari hari itu aku berazam sesungguhnya aku nak jadi anak yang cuba untuk membalas jasa mak abah..insyallah..
Namun segalanya tinggal kenangan aku hitung hitung dah hampir 20 tahun peristiwa tu berlalu..dan sekarang aku dah dapat formula yang sebenar untuk balas jasa orang tua..bukan dengan wang ringgit dan kemewahan..kalau kita bagi mak ambik tapi yang mak dan abah perlukan anak anaknya menjadi anak anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka ..sewaktu mereka hidup dan apatah lagi selepas mereka meningggal dunia...aku berazam setiap doa dan amal yang aku buat semuanya aku sedekahkan kepada mak dan abah ..esok aku nak telefon mereka dan ajak keluar di jalan Allah...Ya Alla h terima lah mereka dalam usaha agama..betapa cantik nya mak bila lengkap berpakaian purdah..dan bertapa berseri serinya abah bila mereka keluar 3 hari kemarin bersama dengan aku..Ya Allah ketemukan kami di dalam syurgamu Ya Allah..aminnnn

Tuesday, May 10, 2011

Cerita Tawaf 2

Tiba tiba mulut tersengih lebar bila teringat kisah tawaf nie..kisah yang tak dapat nak di terjemahkan secara sempurna samada nak tertawa atau pun bersimpati..kisahnya bermula bila teman ku tak bawak kain ihram dan berniat nak beli ihram semasa berada di tanah suci,memang pun tak dinafikan kalau kita tak bawak kain ihram samada kita berniat di mana mana miqat samada di Bir Ali,Jahrana atau tanaim banyak barang barang ihram dijual dari kain ihram,tali pinggang dan sebagainya.Tetapi nasib teman aku bertambah 'baik'kerana ditawarkan oleh kain ihram oleh pakciknya yang memang salah seorang tetamu Allah yang telah membawa kain ihram extra.

"Ehhhh jangan beli baru sayang duit tu..pakai je arwah kawan pakcik punya ihram nie..kain niedah lama tapi masih bagus lagi' kata pakcik kawan aku sambil meyakinkan bahawa kain nie masih kuat walau pun dah agak lama.."Yea tak yea juga nih kain nie pun bukan pakai selalu ,time nak umrah je..kawan aku mula bersependapat dengan pakciknya.Kepalanya berfikir haaa jimat masa tak perlu nak keluar duit untuk belikain ihram..bukan soal duit tapi sekurang kurangnya tak perlu nak bergaduh dengan orang arab nie faham faham le seringkali orang orang arab (kadangkala orang bangldesh dan myanmar) sering menekan harga dalam saat kita memerlukan sesuatu.

Setelah jemaaah berihram dan berniat di miqat perjalanan 5 jam dari madinah ke mekah memang lah agak memenatkan..yang pasti bila sampai di mekah masing masing telah memasang niat nak segera bertawaf dan bersaei supaya tahalul dapat dibuat dan kain ihram dapat dibuka..maknnaya lebih lega kerana berihram nie agak mujahadah pemakaiannya..si kawan aku nie pun dengan bangganya mengayakanlah kain ihram yang di pinjam..tetapi kenapa lak semasa bertawaf orang asyik memerhatikannya sambil tersenyum senyum..ahhh mungkin mereka memandang orang lain atau pun mungkin aku handsome sikit berbanding dengan peserta peserta umrah dari afrika...hahahahha agaknya lah macho juga aku nie..selesai tawaf dan saei untuk menunjukkan kegantengannya dan kehandsomean tu sahabat baik aku nie menuju ke hilton untuk menghilangkan tekak yang dahaga ..dalam hati hilangkan dahaga sambil bergaya..Hilton tu tak main le kedai kedai lesehan yang banyak yang terdapat disekeliling kota mekah..suasana sama juga sepanjang menuju ke Hilton orang lain memandang sambil tersenyum senyum..kembang juga bulu hidung nie..hahahah...selesai minum terus menuju ke hotel dengan niat untuk berehat ..capek dah nie..sampai dibilik kain ihram dilepaskan untuk ganti kain pelikat yang lebih selesa tapi satu tepukan ke dahi yang menyebabkan suasana yang tenang bertukar menjadi kunang kunang yang berterbangan ...alamak kain ihram aku koyak..adoiiii besar pulak tu macamana aku tak perasan ni...

p/s-cerita ini adalah bukan rekaan dan ada kena mengena dengan yang hidup dan orang nie  belum mati hahahahha

Monday, May 9, 2011

Tawaf Umat Akhir Zaman



Ketika kaki meginjak lantai putih yang sering dicuci oleh pekerja pekerja bin laden hati aku agak gementar dalam meluruskan niat utk mencari redha Allah.. tapi kaki menghayun tapak demi tapak untuk menghabiskan 7 pusingan mengelilingi kotah hitam bernama kabaah.Hati aku agak bercampur baur gembira dan berduka, suka kerana aku telah di pilih oleh Allah untuk menginjak bumi yang mulia ini berduka kerana kabaah yang menjadi kesatuan amat gagal diresapi oleh seluruh umat yang namanya disebut ketika saat saat akhir umur nabi.air mata mengalir melihat manusia bersising lengan untuk melekatkan ciuman di batu hajaratul aswad yang mulia.di muktazam manusia bergaduh gaduh dalam meloloskan diri untuk melekapkan dri di batu pintu kabaah ada yang meninggikan suara dan pelbagai lagi..umat umat umat.hati aku merasa pilu apakah perasaan Nabi apabila melihat umat akhir zaman ini.

Selesai tawaf aku bergerak ke belakang makam ibrahim untuk mengambil tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf..hati hiba ..hiba kerana aku memikirkan sunah sunah nabi sudah tidak diamalkan oleh umat..orang yang mengamalkan sunah di pandang sepi dan hina..solat awal waktu secara berjemaah contohnya dipandang sepi..manusia mencari cara untuk menyatukan umat..dengan cara berpolitik..dengan cara itu dan ini..sedangkan caranya nabi telah tunjukkan dudukkan diri dalam barisan saf sambil dahi diturunkan lebih rendah dari tumit kaki sambil mengadap Allah 5 kali sehari dengan awal waktu,berjemaah dan ikhlas pasti berjaya seperti mana yang diterangkan dalam azan.ooo saya sibuk dengan bisnes saya sibuk dengan ekonomi dan ini pun agama juga ..telinga aku masih mendengar bait bait alasan ..teringat pesanan Maulana Saat dalam bayan nasihat berkata dengan jelas kalau kita berniaga mengikut syariaat tiada timbangan yang dikurangi tetapi tidak hadir dalam solat berjemaah ini pun ahli neraka..kerana saat azan berkumandang mengatakan ALLAHUAKHBAR masih lagi dengan perniagaan masih lagi dgn pekerjaan maknanya 
.Allah besar hanya di mulut mereka sedangkan dalam hati mereka dunia lah yang menjadi raja.

Ya Allah ampun dosa umat Ya Allah ..umat sedang sakit umat sedang lena dibuai oleh mimpi mimpi dajal..Ya Allah campakkan sedikit hidayat mu Ya Allah agar manusia kembali kepada mu...Ya Allah engkau maha hebat dan tidak akan turun darjatmu kalau kau memberi hidayat kepada seluruh umat mu Ya Allah..kau maha pemaaf maafkan lah dosa umat..Apa yang didoa oleh Nabi Muhammad untuk kebaikkan umat itu juga lah doa kami dan apa yang dimintak oleh Nabi supaya dijauhkan dari umat itu pun doa kami..kami bodoh lagi zalim Ya Allah maafkan kami ampun dosa dosa kami..dosa kami yang kecil dosa kami yang besar..dosa kami yang lakukan secara terang terangan dosa yang kami lakukan secara bersendirian..dosa yang kami lakukan diwaktu siang dosa yang kami lakukan diwaktu malam..seandainya kami mati membawa dosa walaupun sedebu pun pasti tidak ada siksaan mu yang sedikit di neraka nanti..aku pasrah dan berserah diri pada engkau Ya Allah..amin ya robbal amin..

ada sambungan insyallah

Tuesday, January 4, 2011

Baca dan dengar betul betul...

Kalau kita disuruh menyembah selain daripada dzat Allah..menyembah berhala contohnya dengan segera kita bercakap jangan nanti kita syirik..dosan syirik adalah dosa yang paling besar secara keseluruhan kita takut untuk menyembah selain dari Allah ,tetapi sebagai satu renungan, biasa tak kita dengar orang bercakap kalau saya tak kerja siapa nak bagi makan,kalau saya tak berniaga macamana anak isteri saya nak hidup...ayat seperti ini agak biasa diucapkan oleh orang orang islam tapi sedar tak sebenarnya kita sedang mensyirikkan Allah.

Selain daripada kita meyakini dzat Allah kita juga perlu menyakini sifat sifat Allah.Allah maha melihat ,maha mendengar,Allah juga maha pemberi rezeki dan lain lain.Walaupun sebenarnya sifat Allah menjangkaui sifat sifat yang diketahui oleh manusia.Kudrat Allah menciptakan 7 petala bumi dan langit hanya secebis debu daripada kudrat yang Allah ada.Jadi bila kita cakap kalau kita tak bekerja siapa nak bagi makan ini bertentangan dengan sifat Allah yang maha memberi rezeki..Kalau secara dzat pun kita syirik maknanya kalau kita tidak yakin dengan dengan sifat Allah maknanya kita pun syirik juga dengan Allah.

Seandainya kita meyakini dalam hati kita sesungguhnya kerja ,kedai,ladang ,jabatan,kantor lah yang memberi rezeki kita akan terjauh dari bantuan Allah.kerana iman kita telah rosak..rukun iman ada 6..dalam matematik biasa 6-1=5 tapi dalam pekara iman 6-1=0 .Seandainya kita menolak bahagian tertentu dalam rukun iman..maka iman kita akan terbatal dan jika iman terbatal  tiada satu amal pun akan dikira oleh Allah..nauzubillah..Ramai hari ini yang bimbang jika solatnya terbatal,puasanya terbatal tetapi jarang orang ambil tahu tentang pekara pekara yang membatalkan iman.

Wahai teman teman yang saya kasihi tidak ada nabi yang dihantar untuk melarang mana mana kaum untuk bertani,berniaga atau apa apa usaha usaha dunia tetapi semua nabi didatangkan untuk bagi tahu manusia usaha lah apa pun di dunia tapi harus yakin yang memberi rezeki ialah Allah.. bila iman kita rosak,amal kita tidak dikira oleh Allah sedang janji Allah kepada manusia adalah dalam pekara amal.Demi masa sesungguhnya semua manusia dalam kerugian,kecuali orang orang yang berIMAN dab berAMAL soleh.Tetapi ramai manusia hari ini  bila ada iklan "tuan tuan selepas sembahyang magrib kita ada majlis iman dan amal" banyak yang buat tak tahu seolah olah mereka dah meyakini mereka sudah cukup iman dan amal so tak payah lah nak dengar pekara tersebut.Ada juga jemaah yang di sergah korang nie tak abis abis iman amal iman amal..bawak le topik lain.

Saudara ku yang mulia atas maksud iman dan amal lah Allah turunkan 124 ribu nabi..tiada nabi dihantar atas maksud mengajar pekara pekara keduniaan..sebab dunia nie mudah..lapar kita makan ..mengantuk kita tidur..haus kita minum..tapi untuk pekara kubur,mashar mizan syurga dan neraka ini pekara tak nampak..jadi kena selalu cakap..kena selalu dengar ..kena selalu fikir..barulah pekara yang ghaib ini kita akan yakin..sekarang manusia hanya muzakarah hal hal yang mudah jer...contoh muzakarah harga stok market,harga projek,..tujuannya cuma nak dapat duit je..bila dapat  duit kita makan dan minum..atau buat rumah besar dan kereta besar,atau melancong ke eropah..kalau setakat untuk pekara pekara ini orang yang tiada kaliamah Allah pun Allah bagi malahan mereka lagi kaya dari org islam.

Saudara ku yang mulia sesungguhnya dunia tiada nilai walaupun sebelah kepak nyamuk,dunia ini amat hina sehingga Nabi pernah mentamsilkan dunia ini seperti bangkai kambing kepada sahabat..ayuh saudara ku yang mulia kita megorak langkah untuk kembali kepada Islam yang dibawa oleh Nabi 1400 dahulu..Nabi beri tahu dalam hadisnya yang maksudnya lebih kurang kurunku adalah kurun yang terbaik..semua sistem sistem yahudi dan nasara perlu kitan tinggalkan yang perlu kita amalkan adalah bawa sunah adat,sunah ibadat dan sunah dakwah dalam setiap inci kehidupan kita baru lah pertolongan Allah akan kembali kepada umat umat Nabi Muhammad saw.

Sunday, November 21, 2010

Suami penyebab isteri dihumban dalam neraka

Setiap hari isteri melihat suami pergi kerja..kemudian pulang membawa wang gaji,membawa makanan dan menyediakan pelbagai kemudahan .Suami lah sumber kekuatan sumber kebahagiaan dan sumber segala galanya.Kemudian terbit dalam hati ooooh  suami akulah yang bagi rezeki,suami aku yang bagi segala galanya..dan keyakinan ini telah subur dari tahun ke tahun hingga hingga terpasak dalam hati keyakinan ini,dan pada ketika itu juga sifat memunyai sang suami akan masuk dalam hati dan bermulalah satu bencana yang paling besar dimana sudah jadi fitrah manusia  bila kita rasa memunyai sesuatu dalam masa yang sama kita akan takutkan kehilangan dan bila kita takut kehilangan kita akan megorbankan masa ,harta dan diri untuk merpertahankan pekara tersebut.

Malangnya usaha tersebut pasti menemui kegagalan kerana disaat kita benar benar susah,orang yang yang kita telah korbankan seluruh masa,diri dan segala galanya tidak dapat menolong kita..suami yang kita cintai hanya melihat je kita dari jarak yang jauh sewaktu jenazah sang isteri diletakkan ditengah ruangan rumah,sewaktu kita dimasukkan didalam kubur suami kita hanya melihat jasad kaku isteri sedang dikambus perlahan lahan...sewaktu  sang isteri sedang ditanya oleh malaikat dalam kubur tiada sesiapa pun yang berada disamping kita untuk membantu...hampaaa....mana suami aku...mana semua orang...gelaaaap...di waktu tu baru kita tahu rupa rupanya suami kita tak boleh bagi apa apa...cinta suami kita yang bernama makhluk nie sebenarnya cinta palsu...baru kita sedar sebenarnya yang dapat membantu kita ialah Allah,yang bagi rezeki adalah Allah,yang bagi kebahagiaan ialah Allah..maknanya yang kita kena usahakan adalah cinta Allah dan Rasulnya..tetapi yang inilah tidak kita usahakan...kerugian ini bukan sahaja kerugian dalam kubur bahkan kerugian juga di masyar dan tambah rugi lagi bila dicampak dalam Neraka..

Mudah mudahan ada kesedaran dalam diri kita untuk keluarkan keyakinan keyakinan yang selain dari Allah dalam hati kita supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi(lihat ayat at taubah 24) ada perintah dari allah untuk keluarkan 8 pekara dalam hati kita..seandainya kita tidak usaha untuk keluar 8 pekara tersebut insyallah matilah kita dalam keadaan syirik dengan Allah..nauzubillah.semuda Allah memberi taufik dan hidayat kepada seluruh para suami agar kita tidak menjadi asbab isteri kita dihumban dalam neraka Allah..aminnnn

Thursday, November 18, 2010




Keluar je dari lobi hotel aku duduk sebentar didepan hotel..melihat keriuhan bandar metro manila yang disi hampir 20 juta penduduk..lebih kurang sama dengan jakarta bezanya jakarta ramai penduduk islam tetapi manila kurang dari 1%...selebihnya agama lain lain mojaritinya kristian.Setibanya aku di airport pun baru je menjelang waktu subuh mmemang aku dah set insyallah takde musollah yang disediakan disini,jadi teman aku yang ambil di airport dah sediakan kain sebagai alas sembahyang.
Walaupun hati agak sedih melihat begitu ramai orang yang tiada kalimah Allah...sudah pasti ramai yang akan masuk neraka..aduss kasihannya..disebalik kesedihan itu aku agak gembira melihat teman teman  yang datang untuk menyambut(huh macam le orang hebat sangat)..terdiri daripada mereka dari rakan jemaah .Dengan pakaian sunnah berjanggut dan penuh ikram mereka menyambut aku di airport.Didalam van mereka memberi kakuzari(laporan) usaha agama di seluruh philipine..dengan jumlah orang islam yang betul betul minoriti mereka tiada siapa jadi pembantu,mereka tiada platform politik untuk di perjuangkan,mereka tiada platform persatuan atau ngo atau kolej islam atau universiti islam atau apa apa yang mahu diketengahkan.. masjid dan surau boleh dikira dengan jari. ...yang mereka ada usaha agama..megajak manusia terus kepada Allah..dengan usaha ini perlahan perlahan islam telah berkembang biak dengan baik..walau pun mereka minoriti tetapi mereka ada qualiti islam yang sebenar.